Khamis, 13 Ogos 2015

Fathul Bari maafkan mereka yang fitnahnya

"Saya memaafkan semua pemfitnah, pemaki hamun, pengadu domba, pengumpat dan penyebar yang tidak bertabayyun (tidak memeriksa kesahihan).

"Moga Allah mengampuni kita semua," tulis Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Jahaya di Facebooknya hari ini.

Fathul berkata demikian sebagai mengulas tajuk artikel di sebuah blog yang mendakwa beliau menyeru supaya "wajib taat pada perdana menteri walaupun dia
mencuri harta rakyat".

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU)  itu juga turut menafikan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan seperti tajuk artikel tersebut.

Beliau menyifatkan tajuk artikel itu yang disertakan video kuliahnya di sebuah masjid di Batu Caves pada 31 Mei 2011 itu itu bertujuan melakukan provokasi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar sebarang kesimpulan terhadap sesuatu itu, perlu mengambil kira secara kolektif ulasan-ulasan yang pernah dibuatnya
sebelum ini supaya tidak diputarbelit.

Bagaimanapun, menjawab kepada artikel tersebut, Fathul berkata, mentaati pemerintah Islam yang sah dalam hal yang ma'ruf adalah satu kewajipan selagi tiada
arahan untuk melakukan maksiat.

Beliau juga memetik hadis Nabi Muhammad SAW yang antaranya menyebut bahawa wajib ke atas seorang Muslim untuk mendengar dan taat kepada pemerintah melainkan
penguasa tersebut menyuruh untuk melakukan kemaksiatan, maka ia tidak patut ditaati dalam urusan maksiat tersebut.

"Jadi, sebarang kesimpulan yang ingin dibuat tentang pendirian saya, perlu mengambilkira ulasan-ulasan saya secara kolektif dan janganlah diputarbelitkan
yang kemudiannya boleh menjadi modal fitnah.

"Mentaati Pemerintah Islam yg sah dalam hal yg ma'ruf adalah satu kewaipan selama mana tiada arahan melakukan maksiat," tegasnya lagi...
https://mmy.malaysiakini.com/news/308327

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Teruk org umno ni n mmg teruk umno ni telah dbuktikan oleh org ini n yg paling teruk tentu la najib.what the hell are going on with our people.did money is killing us.money is killing our country.#pray for msia