Khamis, 13 Ogos 2015

Low Yat 2 hanya untuk Melayu .. biar betul DS Ismail Sabri?


Apakah sebabnya kita mendapat menteri-menteri yang ada sekarang? Hampir setiap hari kita dihidangkan dengan kejahilan atau kebodohan mereka. Tetapi ini
mungkin dapat dijangka apabila kriteria untuk dipilih menyertai kabinet adalah kesetiaan, dan bukannya kemampuan.

Tidak asing kepada kontroversi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Ismail Sabri Yaakob sekali lagi mendapat kritikan orang ramai melalui ulasan terbarunya.
Menurut laporan Astro Awani, ahli Majlis Tertinggi Umno itu telah mencadangkan Low Yat Plaza untuk Melayu sahaja, digelar Low Yat Plaza 2.

Beliau mencadangkan supaya ia dibuka di tingkat tiga bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Jalan Raja Laut. "Kami akan membangunkan tingkat itu secepat
mungkin dan akan memberi ruang kepada peniaga-peniaga Melayu secara khusus."

"Kami akan mengubahnya menjadi Low Yat 2 dan kami akan mengumpul seberapa banyak pembekal utama yang mungkin dalam bangunan ini," kata Ismail yang ditemui
pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Mara baru-baru ini.

"Kami sedar kewujudan tempat-tempat lain yang menyediakan perkhidmatan yang sama seperti Bukit Bintang dan Kompleks Pertama yang terletak bertentangan
dengan bangunan Mara.

“Kami bagaimanapun percaya bahawa orang ramai akan mempunyai lebih banyak pilihan jika mereka ingin menjalankan perniagaan terus dengan pembekal. Kami
mensasarkan 100 peratus pembelian daripada masyarakat Melayu. Tidak ada pembekal Melayu buat masa ini, itulah sebabnya mereka diberi kelonggaran," kata
Ismail.

Komen Ismail dilakukan hampir sebulan selepas peristiwa Low Yat, yang dicetuskan oleh khabar angin bahawa pergelutan kaum di pusat membeli-belah itu berpunca
daripada seorang peniaga kaum Cina yang menjual telefon palsu kepada belia Melayu.

Polis telah menjelaskan bahawa kejadian itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penipuan, tetapi merupakan kes kecurian. Idea Ismail mendapat kritikan
dari banyak pengguna-pengguna Internet, dengan ramai melabelkan cadangan itu sebagai memecah-belahkan dan bersifat perkauman.

Walaupun idea Ismail adalah mengejutkan, ia tidak menghairankan kerana dibuat minda "bijak" sama yang menyeru supaya boikot dijalankan terhadap peniaga-peniaga
Cina tidak lama dahulu. Idea ini adalah hasil daripada satu fikiran yang sempit.

Peluang terbuka luas untuk sesiapa sahaja menjalankan perniagaan di Malaysia, tidak ada apa-apa yang menghalang orang Melayu atau mana-mana bangsa atau
kewarganegaraan dari menjalankan perniagaan yang beroperasi di mana-mana. Malah, terdapat beberapa kedai IT milikan dan dikendalikan warga asing di kebanyakan
pusat membeli di seluruh negara.

Mengapa ada keperluan untuk membuka pusat membeli-belah dan mengasingkan lagi rakyat Malaysia? Apakah motif Ismail dalam membuat cadangan ini? Untuk membantu
usahawan Melayu?

Adakah ini cadangan terbaik yang Ismail boleh fikirkan untuk membantu usahawan Melayu? Dia harus memikirkan idea di luar kotak dan bukannya idea berteraskan
perkauman.

Mengapa tidak dibantu komuniti perniagaan Melayu dengan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka, supaya mereka boleh menjadi lebih sekadar penjual?
Bukankah ini cara yang lebih baik untuk membelanjakan dana tadi?

Apa yang berlaku di Low Yat adalah satu kejadian malang yang dicetuskan khabar-khabar angin yang dimulakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, yang
mahu mencetuskan ketegangan kaum.

Ia tidak ada kena mengena dengan satu kaum menindas kaum yang lain. Sebagai Menteri untuk semua rakyat Malaysia, Ismail tidak boleh mempromosikan idea-idea
yang memecahbelahkan yang mirip dasar Apartheid.

Idea beliau dan pengekalannya dalam kabinet bercanggah dengan konsep 1Malaysia perdana menteri, dan ini membuktikan ketiadaan komitmen kepimpinan untuk
mengekalkan toleransi dan keharmonian kaum.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kalau untuk melayu sahaja janganlah guna nama Low Yat.