Sabtu, 1 Ogos 2015

Ini ulasan pertama Mahathir mengenai pemecatan Muhyiddin

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin pasti melakukan jenayah yang
besar yang membuatkan Datuk Seri Najib Razak terpaksa menggugurkan beliau dari Kabinet.

Dr Mahathir, dalam nada santai biasa beliau, menegaskan yang berbanding Najib, beliau tidak pernah memecat timbalannya semata-mata kerana mereka tidak
menyokongnya.

"Saya fikir Muhyiddin tentu sudah buat jenayah besar, sebab itu beliau perlu disingkirkan.

"Semua penjenayah mesti disingkirkan dari negara ini, kita tidak akan benarkan penjenayah mentadbir negara," katanya dalam nada yang seperti menujukan
kritikan itu kepada Najib.

Bercakap pada sebuah majlis pelancaran buku di Putrajaya, Dr Mahathir ditanya sama ada beliau terharu kerana Najib kelihatan mengikuti jejak langkahnya
dalam menyingkirkan timbalan perdana menteri. – 1 Ogos, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: