PETALING JAYA: Seorang peguam kepada tertuduh kes curi telefon bimbit di Low Yat sehingga tercetusnya pergaduhan menuduh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berbohong.
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, salah seorang peguam kepada Shahrul Anwar Abd Azizi, 22, mendakwa Khalid tidak menceritakan kejadian sebenar kepada media.
“KPN menyatakan dua orang naik ke tingkat atas untuk mencuri telefon. Ini bohong.
“Selepas bersama anak guam di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini (Selasa), anak guam kami menyatakan hanya seorang sahaja naik ke atas dan bukannya dua orang,” katanya kepada wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mohd Khairul Azam juga mendakwa, Ketua Polis Negara juga berbohong apabila mengatakan salah seorang suspek yang dibebaskan telah membuat fitnah ditipu oleh peniaga telefon bimbit.
Dia berkata, kenyataan yang dipetik blogger oleh Khalid berkenaan telefon klon juga tidak benar.
“Anakguam kami tidak pernah menimbulkan cerita telefon klon ini dan anakguam kami tidak pernah ada apa-apa hubungan dengan mana-mana blogger,” tegasnya.
Dia berkata, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dilihat semakin sudah hilang kredibiliti apabila membuat kenyataan mengelirukan orang awam dan mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.
“Mana mungkin polis menangkap, menyiasat dan terus menuduh anakguam kami sebagai penjenayah seperti mana kenyataan KPN semalam kerana mahkamah, hakim dan bukti-bukti belum dikemukakan.
“Seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan sebagai bersalah,” katanya yang turut memuatnaik kenyataannya di Facebook.
RAKYAT MARHAEN at 7/14/2015 06:48:00 PTG
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
5 respon:
loyar sekor ni pun bangang. memang kerja loyar la pertahankan anakguam dia. walaupun mamat pencuri henfon tu tipu dia pun, dia tetap akan kata anakguam dia benar dan orang lain yang menipu. bangang piang punya loyar.
Ape masalahnyer dua orang ke 10 orang ke? Bukti resit pembelian maner?
awat ketua polis sampai jadi mcm ni ha
Lawyer dia tak nafi yang dia mencuri...datang balik pukul orang...makna nya perkara tu betul...
Curi motor...sorang gi pecah kunci, sorang cover line...kena tangkap...orang kata sorang pencuri motor ke dua orang pencuri motor?
suatu siasatan seharusnya sulit dan tidak bole didedahkan. Siasatan memerlukan saksi2 dipanggil utk kenyataannya diambil dan polis melawati tempat kejadian untuk ambil gambar dan barang kes. Ianya mengambil masa bukan sekelip mata. Lah ni, OKT tak mengaku bersalah dan polis berbohong. Ini diburukkan lagi bila polis awal2 buat kenyataan terbuka kata dia mencuri sedangkan kesalahan itu belum bersabitpun. Kalau dia saman PDRM kan jadi 'kecoh'.
Catat Ulasan