Jumaat, 24 Julai 2015

Haram wakil rakyat PAS sertai GHB nikmati elaun, gaji, kata Haron Din

Wakil rakyat PAS yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (GHB) haram menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan
tiket parti Islam itu, kata Datuk Dr Haron Din.

Mursyidul am PAS itu berkata, ini kerana semua wakil rakyat dan calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam perjuangan
dan tidak khianat kepada parti.

"Saya menasihatkan pihak yang berbaiah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak baiah itu kerana mereka berbaiah dengan Allah.


"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan Allah. Lebih-lebih lagi dalam baiah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku
pelanggaran baiah," katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Semalam, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan kewujudan akuan bersumpah bai'ah talak 3 yang perlu dilafazkan setiap wakil rakyat Kelantan
sekiranya menyertai parti lain.

Katanya, akuan bersumpah itu diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Kelantan jika mahu meninggalkan parti Islam tersebut.

"Ba'iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main," katanya seperti
dilaporkan Sinar Harian.

Daud sebelum ini berkata, mana-mana individu yang melafazkan dan melanggar sumpah dengan menyertai parti lain, maka perlu membuat pengesahan di Mahkamah
Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah. – 24 Julai, 2015.

Ulasan aku ...

* wahai Tuan Mursyidul AM yang arif lagi bijaksana.

Bagaimana dengan elaun dan gaji wakil rakyat yang undinya ada datang dari DAP dan PKR. Mereka mengundi PAS pada dasarnya penyatuan hati dengan PKR dan DAP di bawah pakatan rakyat.

Kini PAS sudah angkuh keluar dari pakatan dan bercerai dengan DAP. Macam mana hukum gaji dan elaun wakil rakyat PAS yang masih setia dengan PAS?

Cuba hbaq mai sat .. aku ni tak reti sangat bab agama.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

bakat berkata...

Elaun tuang presideng yg tuang parlimen dan mesyuarat PR? Tak haram ke tuan murshitdul?

zamani berkata...

haram kepala hotak kau, parti yang tak ikut perlembagaan nak baiah apa?

Tanpa Nama berkata...

malas la nk dgr halal haram dpd godfather yg tak pernah turun kejalanan berjumpa dn mendekati susah payah rakyat dan tak pernah berjuang dgn peluh darah dn airmata serta lokap bersama rakyat.

ckp je la sorang2

Tanpa Nama berkata...

Haron din ni byk bising2 kt belakang jer........cuba tonjolkan diri ulas pasal 1MDB,GST, kejatuhan nilai ringgit, mcm mn nk majukan naikkan taraf hidup rakyat dan mcm2 lagi....