Jumaat, 24 Julai 2015

Makhluk dua alam tak mampu bertahan lama - Mokhtar Senik

Mokhtar Senik

Dewan Ulama Pas Pahang menyifatkan parti serpihan Pas, Harapan Baru yang dinaungi bekas-bekas pemimpin parti itu tidak akan mampu bertahan lama dengan
prinsip ‘makhluk dua alam’.

Ketuanya, Mokhtar Senik yakin bahawa pemimpin-pemimpin itu akhirnya terpaksa kembali mendukung perjuangan asal Pas.

“Saya lihat jika Harapan Baru muncul sebagai parti politik Islam kedua selepas Pas, ia tidak akan dapat berkayuh sejauh mana dalam gelombang politik tanah
air. Akhirnya mereka terpaksa kembali menjadi Pas yang mendukung semua prinsip ajaran Islam atau terpaksa menjadi parti sekular juga seperti DAP dan lain-lain
parti sekular.

“Mereka tidak akan dapat bertahan lama dengan menjadi ‘makhluk dua alam’. Satu sisi bercakap sebagai parti Islam dan satu sisi yang lain bercakap sebagai
parti sekular’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Meskipun begitu, namun beliau tetap menaruh harapan agar pemimpin-pemimpin yang tewas ini kekal bersama Pas.

“Saya tetap meletakkan harapan agar kepimpinan yang tewas itu kekal bersama Pas. Mendukung prinsip perjuangan Islam sebagaimana sebelumnya.

“Berjiwa besarlah sebesar nama anda di persada politik negara. Jangan tunaikan apa yang dikehendaki oleh musuh Islam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyentuh soal sikap DAP yang mahu menuntun Pas lari dari berpandukan al-Quran dan Hadis.

“Umum telah mengetahui DAP tidak menyenangi Pas kerana dasar dan pendekatan Islam yang dijunjung oleh Pas. Ketegasan Pas dalam mempertahankan prinsip Islam
dirasakan oleh DAP sebagai penghalang kepada gerak kerja PR.

“Mereka mahu Pas melangkah bersama mereka tanpa mempedulikan hukum-hukum yang termaktub dalam Islam. Kalau boleh mereka akan lebih selesa jika Pas mengubah
dasarnya kepada pendekatan dan sikap yang lebih liberal. Mengekalkan nama Islam tidak mengapa asalkan pendekatan Pas dapat dibebaskan dari terikat pada
hukum al-Quran dan Hadis,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi mencapai hasrat itu, DAP memerlukan barisan kepimpinan Pas yang boleh bertolak ansur dalam soal hukum dan prinsip agama.

“ndividu tertentu dalam barisan kepimpinan Pas yang sudah sedia memiliki aliran pemikiran tersebut perlu didekati dan diberikan sokongan oleh DAP.

“Manakala mana-mana pemimpin Pas yang dilihat ortodoks pada penilaian mereka perlu disingkirkan daripada kesebelasan kepimpinan Pas. Dari situlah kita
dapat lihat tindakan-tindakan biadab dilakukan oleh DAP.

“Antaranya, mengisytiharkan putus hubungan dengan Presiden Pas, tetapi tidak dengan Pas. Sebenarnya, tidak dengan individu tertentu yang sealiran dengan
DAP,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa usaha memecahkan Pas dengan mewujudkan parti serpihan diteruskan selepas barisan kepimpinan yang lari daripada perjuangan
asal itu tewas dalam pemilihan Muktamar Pas lalu.

“Pelan B perlu diteruskan, iaitu memecahkan Pas dengan diwujudkan parti serpihan yang lahir dari rahim Pas sendiri. 

Parti serpihan ini penting kerana ia akan menjadi Dewan Himpunan Melayu Penyokong DAP (DHMPD) yang akan menjadi stok undi DAP dalam kalangan orang-orang
Melayu. Kerana tanpa dewan ini undi Melayu secara umumnya sama ada berpihak kepada Pas atau Umno. Jadi DAP perlu sebuah parti baharu untuk tujuan itu.

“Mereka juga tidak senang jika pemimpin yang kecewa ini masuk PKR atau DAP. Posisi mana yang harus disediakan kepada bekas pimpinan Pas itu? Kalau sebagai
ahli biasa, baik mereka kekal dalam Pas. Kalau sebagai pimpinan, sudah pasti mereka tidak akan disenangi oleh barisan kepimpinan yang lebih senior dalam
parti tersebut. 

Jadi langkah selamat ialah wujudkan parti baru dan biarlah parti baru ini bekerja untuk mereka. Mereka tidak rugi, bahkan meraih keuntungan daripadanya,”
katanya.

Ulasan aku ...
* PAS yang sebenarnya makhluk dua alam. Semasa PRU 13, PAS tak segan-segan bergabung dengan DAP dan PKR untuk memenangi undi bukan melayu dan melayu progresif. Selepas memenangi banyak kerusi, kini PAS sudah 'cerai' dengan pakatan rakyat.

Untuk apa semua ini .. untuk jawatan dan kepentingan ... sudah-sudahlah PAS. Lagi kamu bercakap lagi nampak topeng sebenar kamu ...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

tegakkan islam dgn cara ponteng tugas dn abai tanggungjawab.

tegakkan islam dgn khianati kawan2

tegakkan islam dgn fitnah pemimpin jemaah sendiri

sebb kalau asyik mesyuarat saja, itu tidak islam

jika dalam mesyuarat ada DAP, maka jika PAS hadir, maka akan jadi kafirlah pemimpin PAS terjangkit DAP

sebb DAP ada kuasa ghaib yg sgt hebat sesiapa yg berkawan dgn mereka tiba2 saja benci islam dan nk jadi kafir... tiba2 saja berminat nk sembah tokong

yg peliknya kenapa pemimpin PAS saja yg mudah kena 'sihir' DAP ini? org lain ok je

yg 2 alam adalah PAS. sekejap mengaku parti islam, sekejap bercinta dgn parti sekular pragmatik assobiyah

pada percakapan sgt berdegar nk laksana hudud
pada perbuatan rupanya nk melawat nippon saja

Tanpa Nama berkata...

Eh ,kau tu makluk 2 alam juga masih ada pun sampai sekarang pun . Mokh TAR jalan raya dengan snake (ular).memberi makna (jom kita jalan2 atas tar yang ada ular)

Tanpa Nama berkata...

Inilah orang dapat "bertemu" Rasulullah beratus kali dalam mimpi....Beliaulah kebanggaan PAS. Nasib baik beliau tak sebut bahawa beliaulah IMAM MAHDI..jika tidak habis semua pengikut PAS termasuk Tuang Presideng kena kelentong.

Tanpa Nama berkata...

penyokong PAS taksub sgt dgn TGHH.........sbb tu apa yg TGHH buat semua betul walaupun benda tu x betul......

Tanpa Nama berkata...

bo la layan nate ore gilo pehe ni
ulamak batak apa lagu ni
tuii