Jumaat, 12 Jun 2015

Rombakan kabinet bakal dibuat ada kaitan dengan 'orang Mahathir'?

mungkin Najib sudah menghidu ada 'orang dalam' yang berkaitan dengan Mahathir dalam kabinetnya.

Spekulasi akan berlaku rombakan Kabinet terutama membabitkan menteri di kalangan Umno semakin hangat diperkatakan dan dijangka berlaku lepas Aidilfitri.

Desas-desus kemungkinan Kabinet akan dirombak semakin hangat diperkatakan dan dijangka berlaku seawal selepas sambutan Aidilfitri, lapor akhbar pro kerajaan New Straits Times hari ini.

Memetik sumber, laporan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merahsiakan perkara berkenaan, tetapi mungkin akan merombak Kabinet untuk menunaikan janji yang dibuat semasa pilihan raya.

Najib dilihat sudah mempertimbangkan idea tersebut sebelum ini untuk merombak jawatan menteri dalam kalangan Umno tetapi rancangan itu dibatalkan kerana "keadaan yang tidak diduga".

Rombakan tersebut akan menyaksikan perubahan portfolio membabitkan seorang atau 2 menteri yang akan digantikan dengan wajah baharu.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menafikan rombakan Kabinet akan berlaku.

Bagaimanapun, terdapat spekulasi di mana Najib akan mengubah barisan Kabinetnya ketika beliau di bawah penelitian yang parah dalam cara kerajaan mengendalikan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Kabinetnya sendiri, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik 1MDB.

Jumlah hutang 1MDB terkumpul sebanyak RM42 bilion hanya dalam masa 6 tahun.

Najib merupakan pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. – 12 Jun, 2015.

* mungkin Najib sudah menghidu ada 'orang dalam' yang berkaitan dengan Mahathir dalam kabinetnya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: