Rabu, 24 Jun 2015

Polis Thai tahan pekerja IT PetroSaudi berhubung kebocoran rahsia 1MDB

Polis Thailand menahan seorang bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) daripada PetroSaudi International yang membocorkan maklumat berkaitan syarikat bermasalah
1Malaysia Development Bhd. The Malaysian Insider difahamkan Xavier Justo ditahan di sebuah pulau negara itu semalam dan dihantar ke Bangkok hari ini.

"Xavier Justo ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Diraja Thai semalam dan didakwa cuba memeras ugut serta tuduhan
melakukan ugutan terhadap PetroSaudi International.

"Banyak komputer, pemacu cakera keras dan beberapa bahan bukti lain dirampas selepas waran tangkap dikeluarkan dan siasatan ke atas tertuduh sedang dijalankan.

“Sementara
itu PetroSaudi International sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya atas pertuduhan lain," kata PetroSaudi dalam satu
kenyataan hari ini.
Jurucakap PetroSaudi International berkata:"Kami lega kerana Justo kini akan dihadapkan ke mahkamah. Kami kesal menjadi mangsa jenayah yang dipolitikkan
di Malaysia.”

"Kami gembira, akhirnya bukti sudah ada dan kami memohon maaf kepada rakyat Malaysia akibat kesalahan yang dilakukaj salah seorang bekas pekerja kami sehingga
menyebabkan masalah kepada negara itu," katanya.
Laman pemberi maklumat Sarawak Report awal bulan lalu mendakwa perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi dimulakan ahli perniagaan Low Taek Jho dan pasukannya
pada 8 September, 2009 iaitu hampir sebulan sebelum perjanjian itu ditandatangani.

Ahli Parlimen DAP Tony Pua berkata PetroSaudi International juga mewujudkan anak syarikat, 1MDB-PetroSaudi pada 18 September tahun sama, 10 hari sebelum
anak syarikatnya menerima AS$1 bilion daripada 1MDB.
Empat hari kemudian, pada 29 September, 1MDB membeli 40% saham baharu dalam 1MDB-PetroSaudi dan menyuntik RM1 bilion dalam bentuk wang tunai.

Keesokannya, sejumlah AS$700 juta dibawa keluar daripada 1MDB-PetroSaudi dan diberikan kepada PetroSaudi International.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: