Sabtu, 20 Jun 2015

Majlis Syura Ulama mesyuarat minggu depan lapor Utusan

KUALA LUMPUR 19 Jun – Keputusan muktamad Pas berhubung kerjasama antara parti itu dengan DAP serta isu perpecahan pakatan pembangkang bakal diputuskan selepas mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang dijadualkan minggu depan.


Mahfodz Mohamed

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, badan tertinggi Pas itu memilih mengadakan mesyuarat minggu depan bersesuaian dengan mesyuarat kedua Jawatankuasa Pas Pusat yang akan diadakan pada Ahad ini.

“Sebagaimana yang dipersetujui dalam muktamar, Dewan Ulama Pas akan akur kepada sebarang keputusan Majlis Syura Ulama Pas. Jadi kita tidak perlu beri sebarang komen, sebaliknya kita tunggu sahaja keputusan Majlis Syura Ulama Pas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Selasa lalu, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng mengumumkan ikatan politik pakatan pembangkang sudah tidak wujud lagi berikutan usul daripada Dewan Ulama Pas dalam muktamar parti itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah diluluskan tanpa dibahaskan.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan kelmarin menyatakan pakatan pembangkang tidak lagi berfungsi secara formal ekoran pergeseran antara DAP dengan Pas.

Menurut Mahfodz, tindakan DAP mengumumkan pakatan pembangkang sudah tidak wujud adalah tindakan tergesa-gesa kerana usul berkenaan belum diluluskan Majlis Syura Ulama Pas dan Pas juga belum mengeluarkan pendirian rasmi.

“Itu adalah keputusan DAP, keputusan Pas belum lagi, walau bagaimanapun, kerjasama antara Pas dengan PKR masih berterusan dan begitu juga dalam kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Ketika ditanya berhubung tarikh mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas itu, Mahfodz memberitahu, pihaknya masih belum boleh memaklumkannya lagi namun hasil mesyuarat itu akan memberikan pendirian penuh parti itu.

-utusan

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

dI copy tp berisi > saya tak berminat pun untuk ambil contoh2 kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sebab concern saya hanyalah pada kesalahan yang dimulakan sendiri oleh kita, kumpulan Islam yang sepatutnya menunjukkan qudwah, akhlaq dan disiplin janji yang jauh lebih mulia berbanding kumpulan lain.
MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI