Hakim Zamri Bakar berkata ketiga-tiga persoalan yang dibangkitkan tidak melanggari Perlembagaan Persekutuan dan kes tersebut tetap akan didengar di peringkat Mahkamah Sesyen.
"Ketiga-tiga isu ini dibangkit oleh pemohon (tertuduh) bukan oleh mahkamah atau pihak pendakwaan," katanya ketika menyampaikan keputusan hari ini.
Rafizi bersama-sama kerani bank, Johari Mohamad yang dituduh bersubahat dengannya, memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Antara persoalan perlembagaan yang ingin dirujuk Rafizi dan Johari di Mahkamah Tinggi adalah sama ada dakwaan terhadap mereka boleh diteruskan walaupun Bafia sudah dimansuhkan, dan sama ada dakwaan di bawah Bafia itu tidak berperlembagaan memandangkan unsur niat tidak dinyatakan sebagai elemen bagi kesalahan di bawah akta itu.
Rafizi, 38, yang juga naib presiden PKR, mengaku tidak bersalah mendedahkan dokumen penyata baki akaun bank milik NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan akaun bank Pengarah Eksekutif National Feedlot Corporation (NCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh, kepada perunding media Yusof Abdul Alim dan pemberita The Star, Erle Martin Carvalho.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya, pada 7 Mac 2012.
Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Johari, 44, juga mengaku tidak bersalah bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan alamat yang sama.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) Bafia, dan boleh dihukum menurut Seksyen 103 akta sama.
Timbalan pendakwa raya Nazrul Nizam Mohd Zameri berkata soal perlembagaan tidak timbul dalam permohonan hari ini dan menggesa hakim menolak permohonan itu.
Peguam N Surendran yang mewakili Rafizi hari ini meminta perbicaraan ditangguhkan ke satu tarikh yang ditetapkan bagi permohonan ke Mahkamah Tinggi boleh dibuat.
Hakim menolak permohonan itu dan perbicaraan tetap akan diteruskan pada 10 Ogos ini.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan