Sabtu, 20 Jun 2015

Akhirnya Haji Hadi jawab isu pakatan

Berikut adalah transkrip ringkas soal jawab beliau bersama media.

1. Sekarang ini apa yang akan PAS buat kepada DAP yang telah bubar Pakatan Rakyat, adakah PAS masih lagi mahu berada dalam pakatan?

Pertama, bila disebut pakatan bermakna banyak parti dan bukan satu parti sahaja. Jika hanya satu parti buat keputusan itu bukan pakatan. Pakatan ini kena ada dua sekurang-kurang atau pun banyak (parti). Dalam hal ini kita faham apa makna pakatan. Sehingga hari ini, PKR masih tidak buat apa-apa kenyataan dan DAP telah membuat kenyataan dia. Ada pun dari segi buat keputusan PAS ini bukan milik saya seorang. PAS ini milik pimpinan secara kolektif dan dengan sebab itu saya perlu merujuk kepada kepimpinan PAS dan termasuklah yang menjaga teras kepada dasar PAS iaitu Majlis Syura Ulamak.

2. Pada Datuk Seri, adakah Datuk Seri sebagai Presiden PAS boleh terima kenyataan Lim Guan Eng yang mendakwa tidak wujud lagi Pakatan Rakyat?

Itu kenyataan peribadi dan pada saya itu satu kenyataan yang tidak tepat kerana satu parti itu bukan pakatan. Pakatan mesti merangkumi banyak parti yang ada dalam pakatan itu. Boleh buka Kamus Dewan tengok apa makna pakatan.

3. Pada Datuk Seri, status Pakatan Rakyat itu masih wujud?

Ya, sehingga kini masih wujud.

4. Tetapi, Datuk Seri, Lim Guan Eng kata PKR juga telah menyatakan Pakatan Rakyat juga sudah tidak wujud lagi?

Saya melihat Kamus Dewan apa makna pakatan dan dengan sebab itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membuat kenyataan yang menunjukkan kita berpisah. Dan ini menunjukkan pakatan antara dua parti masih ada. Manakala, dengan DAP sehingga hari ini kita masih belum dapat satu keputusan secara rasmi dan kita dapat melalui media sahaja.

5. Maknanya PAS akan bekerjasama dengan PKR sahaja?

Kita bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinis, itu sikap kita.

6. Datuk Seri, dalam muktamar PAS mahu melihat semula tahaluf siasi. Tapi, apabila pendekatan yang dibuat oleh Lim Guan Eng dalam soal bubar pakatan ini, maksudnya PAS masih mahu pertahankan pakatan ini atau masih menunggu MSU untuk membuat keputusan?

Pakatan Rakyat dibubarkan dan terbubar dengan sendirinya apabila semua parti dalam Pakatan Rakyat keluar daripada pakatan atau dipecat semua tinggal satu sahaja. Jika masih ada dua itu masih dalam pakatan.

7. Bagaimana dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang memecat Ahli Majlis PBT. Adakah itu sememangnya DAP mahu memutuskan hubungan dengan PAS, Datuk Seri?

Kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja melibatkan dengan PAS termasuklah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti PKR masih ada lagi dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sebab itu, keputusan kerajaan negeri mesti keputusan kerajaan yang melibatkan parti yang ada dalam kerajaan itu.

8. Datuk Seri, yang jelas PAS masih sayangkan Pakatan Rakyat?

Kita sayangkan perpaduan. Perpaduan kaum kerana kita menerima hakikat masyarakat majmuk yang ada di Malaysia.

9. Pada Datuk Seri, Lim Guan Eng tidak berhak membut keputusan bubar pakatan?

Itu terpulang kepada masyarakat di bawah menilai. Biar masyarakat umum melihat kenyataan dia.

10. Bila agaknya, Majlis Syura Ulamak (MSU) akan membuat keputusan di antara hubungan PAS dengan DAP?

Itu akan ditentukan dalam mesyuarat yang ditentukan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada bila-bila masa sahaja dalam masa terdekat ini, insya Allah.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

ewah presiden berkata PAS bukan milik dia seorg utk buat keputusan.

bila dlm soal buat keje yg berisiko mulalah kata dia tkde kuasa sorang.

tp bila nk wala' hanya dia sorang saja kena di wala'kan, org lain semua jebon munafik sekular dll tuduhan laknat.

semuga semua label jahat kembali ke muka sekor2 puak UG ni.

takpayah bacalah kenyataan hadi ni buang masa je.

rakyat nk kau pegi dok jepun bukak madrasah, umno boleh sponsor.. untung2 dpt awek jepun.. piweeet tn hj!