Khamis, 25 Jun 2015

Kah kah kah kah ... Mokhtar Senik bikin malu diri sendiri dan keturunannya ..

Bekas tahanan ISA, Mokhtar Senik, yang kini ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan ketua Dewan Ulama PAS Pahang, disindir pengguna media sosial selepas dakwaan
mimpi bertemu Nabi Muhammad.

Tulisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mokhtar Senik mendakwa bermimpi bertemu Nabi Muhammad dan sahabat baginda Umar Al-Khattab berpuluh kali semasa
dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Kamunting menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Pelbagai pihak membuat pelbagai posting mengulas dan menyindir tulisan Mokhtar, yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang itu.

Mokhtar dalam Facebooknya menulis, antara hiburan Allah kepada mereka semasa di dalam tahanan ISA di Kamunting adalah mimpi-mimpi yang indah.
"Antaranya kami dikurniakan mimpi bertemu Rasulullah SAW. Sepanjang tiga tahun lebih ditahan di situ, berpuluh kali saya bermimpi di datangi Saidina Umar
Alkhattab," tulis Mokhtar mengenai pengalaman ditahan kerana terlibat dengan kumpulan Al Maunah pada 2000 yang dituduh cuba melancarkan perang terhadap
Yang Dipertuan Agong pada ketika itu.

Bagaimanapun, Mokhtar kemudiannya memadamkan posting tersebut.

Umat Islam percaya bermimpi bertemu Nabi Muhammad adalah satu kelebihan.

Pelbagai pihak membuat posting di dinding Facebook masing-masing bagi mengulas atau menyindir Mokhtar yang bersama kem Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dalam pemilihan lalu.

Nur Hadi Mohamad menulis, "Malam ni semua pakat berangan nak mimpi jumpa nabi atau sahabat nabi macam 'ulamak PAS'. Esok pagi boleh update kat FB bagitau
semua orang.

"Yang aku pelik macam mana boleh yakin sangat orang yang dia jumpa dalam mimpi tu betul-betul nabi atau sahabat nabi."

Seorang lagi pengguna Facebook Zizie Ali menulis: "Untuk PRU akan datang, saya dah hampir buat keputusan. Kalau semua calon di kawasan saya mendakwa mereka
bermimpi jumpa nabi, saya mungkin tidak akan pergi mengundi."

Sementara Sharifah Zehra Irdina pula menulis di Facebooknya: "Tidurlah, mana tahu mimpi jadi bini Mokhtar Senik."

"Mokhtar Senik mimpi jumpa Nabi dan para sahabat berkali-kali sampai lupa mau kira. Apa kelas Mursyidul Am baru mimpi takat jumpa kelibat Nabi. Apa kelas
makam Presiden takat baru jumpa dua tiga kali,” tulis Sohaimi Ali merujuk kepada Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Hadi.
-malaysianinsider-

* aku tau ramai yang kat luar sana berapi-api nak komen pasal si ulamak ni.. bagi yang dah komen tapi aku tak release, maaf banyak-banyak. Untuk posting ni je aku tak release. hehehehehe ada sebabnya. penyokong pro ulamak pun banyak yang nak komen. hehehehehe

betul ke ulamak ..? ke sekadar ustaz je..? haiya jangan main - main tau ..

Jadi sebelum apa-apa hal, aku terpaksa tutup ruang komen untuk post ni.. hehehe sorry geng, kalau nak komen pi komen kat facebook 'ulamak' ni ...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI