Khamis, 25 Jun 2015

Belum apa-apa, G18 dan PASMA sudah bercakaran?

Belum pun tubuh parti baru bagi menggantikan Pas dalam Pakatan 2.0, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan kumpulan G18 (liberal Pas) sudah tidak
sefahaman.

“Pergaduhan’ mula tercetus apabila Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mendakwa PasMa tidak mempunyai daya tarikan yang cukup dengan akar umbi untuk memimpin
sebuah parti baru.


Berang dengan kenyataan itu, Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, sikap G18 yang memandang remeh terhadap orang lain menjadi punca kumpulan
itu kalah dalam Pemilihan Pas baru-baru ini.

“Kalau beginilah sikap mereka, patutlah mereka kalah kepada ustaz-ustaz muda dengan ustaz pondok dalam Pemilihan Pas.

“Mereka mengambil remeh tentang keupayaan orang lain sebab itu mereka kalah dengan kumpulan yang tidak berpengalaman.

“Tengoklah natijahnya mereka dah kalah. Mereka kalah sedangkan kumpulan ini orang hebat.

“Bagaimana mereka kata cukup berpengaruh tetapi tetap kalah? Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku,” katanya kepada FMT.

Kumpulan G18 dikenali dengan pelbagai gelaran seperti golongan profesional dan sekarang dilabel golongan progresif dalam Pas.

Phahrolrazi berkata, kumpulan G18 tidak menghormati orang lain seperti mana mereka tidak menghormati keupayaan ustaz-ustaz muda dan akhirnya menyebabkan
mereka kecundang.

Katanya, beliau menyokong penubuhan Pakatan 2.0 tetapi tidak kepada parti yang ditubuhkan kumpulan G18.

“PasMa menyokong penubuhan gabungan baru tetapi tidak kepada parti itu jika mereka bergerak sendirian kerana objektif kita melawan UMNO,” katanya.

Beliau mengakui PasMA tidak mempunyai kekuatan jika bergerak sendirian tetapi mampu memberi impak yang besar kepada landskap politik tempatan jia bergabung
dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang juga salah seorang ahli kumpulan G18 berkata, mereka akan mengumumkan sama ada menubuhkan parti
baru atau tidak, dalam waktu terdekat.

“Kita tidak putuskan lagi dan perkara itu akan dimaklumkan dalam pengumuman khas nanti, bila nak umum kita tidak tahu lagi tunggu pengumuman daripada team
G18,” katanya ketika dihubungi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

lagu tu laa berkata...

apakah ramalan haji hadi tu betoi ' mereka(G18) ini akan 'tengelam' belum apa2 lagi dah nak tunjuk sapa 'hero'. politaik sungguh tak aku sangka akan jadi begini.kalulah macam ni pru14 ni aku duduk kat umah ja la.

Tanpa Nama berkata...

ini akibat ada species mamak dah jadi lawyer maka .....itu batu besar ada dlm itu kepala,ego dan sombong melimpah ruah.....