Khamis, 25 Jun 2015

Teresa Kok gagal rayu kes hasut di Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok Suh Sim yang didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung video klip yang disiarkannya sempena Tahun Baharu
Cina, hari ini gagal dalam rayuan supaya kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Kamardin Hashim, yang menolak rayuannya berhubung isu undang-undang supaya kesnya dibicarakan di Mahkamah
Tinggi.

Kamardin memutuskan Mahkamah Sesyen cukup kompeten untuk mendengar kes itu.

"Kalau perbicaraan dimulakan di Mahkamah Sesyen, keputusan masih boleh dirayu di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan kerana kedua-dua mahkamah ini kompeten
untuk memutuskan isu undang-undang," katanya.

Hakim itu berkata, pihak pendakwa raya mempunyai kuasa untuk memulakan pendakwaan di Mahkamah Sesyen di bawah Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan dan
Seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim itu juga memutuskan permohonan Kok itu tidak mempunyai merit.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Norsharidah Awang menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes Kok, selepas dimaklumkan Timbalan Pendakwa
Raya Lailawati Ali berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Peguam S.N.Nair, yang mewakili Kok, memberitahu mahkamah bahawa beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan
terhadap keputusan itu pada minggu depan.

Pada 6 Mei tahun lalu, Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerbitkan satu klip video
menghasut bertajuk Teresa Kok ONEderful Malaysia CNY 2014 yang disiarkan sempena Tahun Baharu Cina pada Februari 2014.

Perbuatan itu didakwa dilakukan melalui laman web
http://www.youtube.com/
di alamat 90-02-07 Apartmen Putra Ria, Jalan Bangsar di sini kira-kira jam 9 pagi, 1 Februari 2014.

Dakwaan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda hingga
RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. - BERNAMA

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: