Sabtu, 16 Mei 2015

PAS demo besar-besaran jika ...




Demonstrasi besar-besaran akan dianjurkan PAS sekiranya Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim d‎an ahli lembaga pengarah yang berkepentingan dalam 1MDB masih enggan meletakkan jawatan, kata seorang pemimpin Dewan Ulama PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata parti itu hari ini menggerakkan ahlinya membuat laporan polis di seluruh negara mengenai isu pelaburan Tabung Haji, yang baru-baru ini mengaku membeli sebidang tanah daripada syarikat bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kita mahu perkhidmatan Azeez dan ahli lembaga pengarah yang terlibat dengan 1MDB segera ditamatkan. Tabung Haji jangan jadi 'pak angguk' kepada pengkhianatan dana awam.

"Kalau tidak selesai, kita akan buat himpunan besar-besaran bersama rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengurus Besar Kanan Jabatan Sumber Manusia Tabung Haji, Hisham Harun, di perkarangan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak hari ini.

Kira-kira 200 penyokong berhimpun selepas solat Jumaat membantah tindakan Tabung Haji membuat pelaburan hartanah sejumlah RM188.5 juta daripada 1MDB. Walaupun Tabung Haji memutuskan menjual plot tanah Tun Razak Exchange (TRX) seluas ‎1.56 ekar itu, PAS masih menganggap Azeez dan pengurusan tertingginya gagal menguruskan wang pendeposit bakal haji dengan jujur dan amanah.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: