Beberapa rakan menyampaikan perkhabaran bahawa Perdana Menteri, Najib Razak seperti tidak ceria lagi sejak kebelakangan ini. Wajahnya dikatakan nampak kusut, keruh dan seolah-olah tidak gembira seperti selalunya.
Pada majlis makan malam bersama media semalam, Najib dilihat jelas tidak gembira sedangkan di keraian seumpama itu beliau sepatutnya berwajah ceria kerana semua penyokong dan pengampunya berkumpul sebagai tanda setia dan ingin terus bersamanya.
Tetapi ramai yang menyampaikan berita di majlis itu Najib tidak segembira seperti biasa.
Begitu juga pada sebelah siangnya, ketika melancarkan Institut Wasatiyah di Putrajaya, Najib turut dikesan tidak mempamerkan wajah ceria dan gembiranya.
Ada tetamu yang biasa bersama dan berbual dengannya sebelum ini jelas dapat merasakan ada perubahan pada wajah dan air muka Najib di majlis itu. Walaupun beliau cuba melayan dan berbual dengan tetamu sebagaimana biasa, namun kelainan pada wajahnya tidak dapat disembunyikan.
Beberapa tetamu kemudian berbual sesama sendiri dan meluahkan kehairanan dengan perubahan pada Perdana Menteri sejak kebelakangan ini.
Ada juga yang melihat Najib sekarang ini turut kelihatan agak cengkung, sedikit kurus dan seolah-olah sudah hilang semangat.
Kenapakah semua ini terjadi? Apakah yang merunsing dan membebankan Najib sebenarnya?
Adakah ia berkaitan 1MDB yang tidak habis-habis terdedah kepada umum mengenai caca-marbanya? Apakah beliau kini sudah mulai bosan dengan masalah yang timbul dalam syarikat itu yang dikaitkan dengan Jho Low dan ahli keluarganya tetapi beliau yang terpaksa menanggung bebannya?
Adakah kerunsingan dan wajah tidak ceria itu kerana sedang menunggu apakah lagi serangan dan kritikan daripada Tun Mahathir kepadanya selepas ini?
Tetapi jika beban serangan Tun Mahathir yang dirunsing dan dirisaukannya, bukankah beliau sudah berikrar tidak akan menyerah dan akan terus melawan?
Lebih dari itu, bukankah baru-baru ini juga Najib sudah turun ke Tawau dengan disambut meriah kira-kira 40 ribu akar umbi keturunannya kerana di daerah itulah sebetulnya warga Bugis paling ramai menetap di negara ini?
Tidakkah sepatutnya, selepas bertemu dengan mereka yang sejenis darah dengannya dan kemudian menyatakan tidak akan menyerah serta akan terus melawan bagi mengekalkan jawatannya, Najib seharusnya berwajah lebih ceria kerana sudah mendapat sokongan moral yang sangat bermakna?
Apakah keceriaan yang sudah hilang itu kerana Najib semakin menyedari hayat politiknya semakin pendek berikutan serangan berterusan daripada Tun Mahathir ini bukan saja membuatkan rakyat semakin menjauhinya, bahkan sudah ada pemimpin UMNO sendiri yang goyang pendiriannya?
Apakah juga Najib kini semakin menginsafi bahawa kerana karenah sesetengah ahli keluarganya dan isu 1MDB yang terus berlarutan ini turut membuatkan hubungannnya mulai renggang dengan adik-beradiknya sendiri?
Akhirnya, mungkinkah keceriaan yang hilang ini merupakan tanda-tanda Najib semakin tak tertanggung dengan beban yang dipikulnya sekarang dan bakal membuat pilihan tidak lama lagi kerana sedar mengharapkan Tun Mahathir berhenti daripada menyerang dan mengkritiknya adalah mustahil sama sekali?
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan