Selasa, 26 Mei 2015

Najib.. PM paling terbaik dari sebelumnya ..? kah kah kah

Perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah dianggap paling lemah. Perdana menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap Najib lebih lemah daripada Pak Lah.

Jadi, kenyataan Abu Hassan dalam majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran Mubarak Selangor dengan kerjasama Badan Perhubungan Umno Selangor di Klang, 17 Mei lalu itu memang kelakar, malah aneh. Dengan segala macam keburukan yang telah dilakukan oleh Najib, Hassan masih mahu menganggap anak perdama menteri kedua itu terbaik? Di mana fikiran dan mata hati beliau?

Mengulas kenyataan tersebut, Najib berkata setiap perdana menteri melakukan yang terbaik serta mempunyai jasa bakti untuk negara pada zaman masing-masing. Yang penting, katanya, ialah melakukan yang terbaik dalam zaman masingmasing kerana sejarah akan membuat penilaian. Beliau berazam melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Seperti merendah diri, Najib mengatakan beliau tidak boleh menganggap dirinya lebih baik daripada (ayahanda) Razak (perdana menteri kedua - Tun Abdul Razak Hussein) dan juga pemimpin-pemimpin lain yang menjadi perdana menteri.

Sehubungan itu, kata Najib, beliau tidak menganggap dirinya sebagai perdana menteri yang terbaik berbanding lima perdana menteri terdahulu. Memang tidak boleh/perlu menganggap sedemikian pun kerana beliau adalah perdana menteri yang paling lemah!

Jelas Najib, beliau tiada niat lain dalam menjalankan tugas memimpin negara, sebaliknya berusaha dengan sebaik mungkin untuk bersikap telus kepada rakyat.

Malah, katanya usaha kerajaan melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah membantu dalam perkembangan ekonomi negara.

Dari segi ETP dan GTP, negara telah mencapai kadar enam peratus, sedangkan tidak banyak negara boleh mencapai kadar tersebut.

Najib turut berbangga sejak menjadi perdana menteri kerana katanya, kadar penambahan GNI (ukuran kekayaan negara) dalam tempoh lima tahun bertambah 49 peratus, dan itu bererti kekayaan negara bertambah.

Beliau turut mengulangi komitmennya melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara, walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kritikan banyak pihak.

Mengenai kritikan Dr Mahathir terhadapnya, Najib berkata setiap perdana menteri mempunyai cabaran dan ujian tersendiri pada zaman masingmasing termasuk perdana menteri keempat itu.

Ketika berdepan dengan ujian Umno diharamkan pada 1987, Mahathir berkata jika menang satu undi pun, beliau akan tetap menjadi perdana menteri.

Walaupun hampir 50 peratus ahli Umno menolak kepimpinannya, beliau tetap tidak akan berundur.

Jadi, tegas Najib, beliau turut mengamalkan prinsip yang sama. Katanya, kalau hari ini beliau mendapat sokongan, kenapa pula patut meletakkan jawatan? Katanya, beliau dipilih melalui proses demokrasi dan rakyat memilihnya.

Jadi, Najib dan Mahathir sudah berbalas-balas kritikan - tidak mahu mengalah. Mereka sedang menegakkan benang basah masing-masing. Setelah sekian lama dikritik dan dihentam oleh Mahathir, Najib akhirnya bersuara. Namun begitu, untuk menafikan semua dakwaan Mahathir dan berikrar akan terus menjadi perdana menteri. Setelah Mahathir menelanjangkannya, Najib pula mengambil giliran beliau.

Mengenai sistem pemilihan baharu Umno dengan meminda Perlembagaan parti itu pada 2009 dan dilaksanakan dalam pemilihan jawatan parti tersebut pada 2013, kata Najib, ia dilakukan bagi menjamin pemilihan yang lebih telus dan terbuka termasuk dalam pemilihan jawatan tertinggi parti.

Jika mengikut perlembagaan Umno dahulu, mencabar presiden parti memerlukan minimum 63 pencalonan bahagian. Jadi, Mahathir boleh kekal selama 22 tahun menjadi presiden parti dan perdana menteri apabila menggunakan perlembagaan seperti itu.

Walau bagaimanapun, Najib mengatakan beliau mahu Umno lebih terbuka - sesiapa pun boleh bertanding untuk jawatan presiden parti. Jelas Najib, beliau menang tanpa bertanding dan tidak bergantung pada kuota atau undi bonus.

Sebelum pindaan Perlembagaan Umno pada 2009, seseorang yang mahu bertanding jawatan tertinggi parti perlu terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno.

Mengulangi falsafah Bugis yang berbunyi “walau bumi berkeping dua, takkan mungkin ku berbalik haluan” sebagai pegangannya, Najib menegaskan beliau tetap mahu terus berjuang bukan kerana kuasa, tetapi disebabkan iltizamnya untuk melakukan sebaik mungkin, termasuk memastikan Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.

Tegas Najib, agenda untuk memastikan Umno dan BN terus berkuasa di bumi bertuah ini juga wajib diperjuang. Beliau meminta barisan dirapatkan dan berusaha lebih gigih untuk memastikan BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Justeru, di sinilah maksud saya bahawa Najib dan Mahathir sama sahaja - dua kali lima.

Najib berusaha dan meminta ahli Umno kekal bersatu. Mahathir pula mahu Najib berundur demi “survival” Umno dan BN. Tentu sahaja perkara itu untuk kepentingan Umno dan BN, bukan kepentingan negara seperti yang diuar-uarkan.

Lebih malang apabila Najib mengatakan beliau juga boleh (mahu) menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Memang malang kerana selama menjadi ketua negara setakat ini (empat/lima tahun) pun sudah “hancur”, bayangkan kalau 22 tahun!

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: