Isnin, 25 Mei 2015

Pasai apa pulak Mahfuz nak jadi orang pertama menentang 'PAS'??

Maka tersedu - sedanlah gerombolan kaler biru karat yang inginkan PAS bersanding dengan UMNO demi menyelamatkan nyawa UMNO yang kian rapuh. Mesti dalam hati mereka tersangat kecewa.

Mahfuz berikrar untuk menjadi orang pertama yang menentang usaha gabungan PAS- UMNO!!

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS konsisten dengan ketetapannya bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan sesekali mengkhianati pegangan itu dengan membentuk kerajaan perpaduan bersama BN.

Datuk Mahfuz Omar hari ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan wujudnya usaha dalaman ahli parti Islam itu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan parti itu berkata, PAS konsisten dengan ketetapannya bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak akan sesekali mengkhianati pegangan itu dengan membentuk kerajaan perpaduan bersama BN.

"Bahkan, Majlis Syura Ulama PAS turut membuat penafian kononnya majlis itu dan ahlinya ada yang berusaha membentuk kerajaan perpaduan PAS dengan Umno-BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang disebut oleh bekas pemimpin PAS Datuk Hassan Ali, dalam sebuah video lama tahun 2013, menyokong usaha gabungan itu.

Hassan dalam ucapannya dalam video itu mendakwa sememangnya wujud usul menggabungkan PAS dan Umno yang dinamakan 'usul UG' dibawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Katanya, usul menggabungkan PAS dan Umno itu disokong pelbagai pihak dalam PAS, termasuk Nasharudin dan beliau sendiri.

Hassan dalam video tersebut menegaskan Hadi sangat pro kepada penggabungan PAS dan BN, tetapi dihalang puak Anwarinas dan pro bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Video tersebut ialah rakaman sesi soal jawab pada satu program dihadiri penggiat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dari seluruh negara yang berlangsung di Kem Permata Resort, Melaka.

Mahfuz berkata, sekiranya benar wujud usaha melaksanakan kerajaan perpaduan itu, beliau pemimpin pertama dalam PAS yang akan menentangnya.

"Saya turut memberi jaminan tidak ada pihak di dalam PAS yang ingin membawa kepada penyertaan PAS ke dalam BN, tetapi sekiranya ada, saya sendiri menjadi orang pertama akan menentang usaha tersebut.

"Saya menyeru semua pihak dalam PR berjiwa besar dan optimis mempertahankan kerjasama ini. Usahlah bersifat negatif dan pesimis kerana ia hanya mengeruhkan lagi hubungan (PR) yang kian longgar," katanya.

Pada masa sama, Mahfuz turut membidas DAP yang dilihat terlalu menentang hasrat parti Islam itu melaksanakan hudud dengan menegaskan ia merupakan hak demokrasi parti Islam itu sejak 1990.

"Bukankah DAP sebagai parti yang mengaku pejuang demokrasi tulen sepatutnya menghormati hak dan suara pihak lain yang secara sah mendapat majoriti di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

"Pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya Parlimen memberi kelulusan," katanya.

Beliau berkata PAS tidak akan menghalang dan akur sekiranya DAP atau BN menolak Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) yang dibawa Hadi kerana ia merupakan keputusan Parlimen. – 25 Mei, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: