Ahad, 17 Mei 2015

Jawapan Pandikar Amin Mulia kepada Mahathir


Tan Sri Pandikar Amin Mulia malam ini menafikan beliau telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Katanya, beliau akan bertugas seperti biasa sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlime ke-13 yang akan bermula Isnin ini.

"Saya akan mempengerusikan upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Rakyat bagi dua ahli baharu daripada Parlimen kawasan Rompin (Datuk Hasan Arifin) dan kawasan Permatang Pauh (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) serta urusan-urusan mesyuarat yang ditetapkan pada 18 Mei 2015 (Isnin ini)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menafikan laporan di portal berita yang mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum di Ipoh hari ini mengatakan Pandikar telah berjumpa dengannya dan telah memaklumkan meletakkan jawatan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Pandikar berkata beliau turut akan mempengerusikan sesi pembentangan usul Rancangan Malaysia ke-11, yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini.

Pandikar, 59, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah mengangkat sumpah sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada April 2008 bagi menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pandikar-tepis-kenyataan-tun-mahathir-masih-speaker-dewan-rakyat-60109?cp

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: