Jumaat, 22 Mei 2015

BEKAS TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI TIBAI KAW-KAW MUHYIDDIN YASSIN SEBAGAI MENTERI PELAJARAN MALAS TURUN PADANG


PERGH!!!! Bekas Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Ketua Pengarah JASA dan Ketua UMNO Bahagian Muar Dato' Dr Puad Zarkashi dalam akaun media sosial Facebooknya telah belasah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu sebuah sekolah di Keningau Sabah dalam keadaan cukup daif dan menyedihkan walaupun kerajaan telah membelanjakan berbillion ringgit untuk 1 Bestarinet kerana malas turun padang dan lapangan.

Lebih memedihkan apabila beliau tibai Muhyiddin Yassin yang sudah menjadi Menteri Pelajaran masuk penggal kedua tetapi sekolah, asrama dan kuarters guru dipendalaman Sabah dan Sarawak masih tidak terbela dan ditakuk lama.


"MASIH BELUM TERBELA. Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif. Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah.

Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah. Bunyi cantik di atas. Kerajaan belanja berbillion untuk 1 Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya. Itu belum lagi dipaparkan asrama dan rumah guru yang daif di kawasan pedalaman.

Sepatutnya bila TPM jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah! Jangan banggakan PPPM kalau level playing field masih tidak sama."

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

la baru tau ke? tu la kata sistem pendidikan terbaik se antero galaxy- tu yg terus dan daif kek sabah tu cam ne? korang dalam kera-kera jaan barisan dacing senget tau tipu sejak dulu, kini dan selamanya!! lahabau!

Tanpa Nama berkata...

Cuba tengok askar2 upahan Najib semuanya low class. Puad adalah barang reject dan cuba citer apa sumbangan dia selain mengeluarkan kenyataan taraf budak tadika. Puad,Ahmad Maslan & Hassan Malek dikenali sebagai The 3 Stooges.

Tanpa Nama berkata...

Semasa beliau sendiri menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, apakah yang beliau telah lakukan? Adakah masalah ini tidak berlaku ketika itu?

Tanpa Nama berkata...

Puad pemakan dedak najib yang kalah pru lepas sebab sudah tidak dikehendaki rakyat.Nak cari makan mestilah kipas kuat sikit,barulah masyukkk.Najib punya prinsip mudah saja siapa paling kuat jilat dia cepatlah naik siap boleh potong que senang2.Cer tengok saleh keruak,nazri teksi,rahman dahlan semua kaki2 ampu tersohor najib.Semua dapat jawatan menteri/timbalan menteri tak semena2.