Rabu, 1 April 2015

Video pemandu bergaduh di stesen minyak jadi viral

Sebuah klip video yang memaparkan insiden pergaduhan antara seorang pemandu teksi dipercayai bertindak menyerang seorang gadis hanya kerana kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di sebuah stesen minyak, di sini, Ahad lalu menjadi viral di media sosial.

Klip video berdurasi 2.29 saat itu memaparkan sekumpulan gadis gagal mengawal perasaan marah dan sehingga bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu teksi tersebut.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila salah seorang saudara kepada gadis berkenaan mula campur tangan dan turut melemparkan kata-kata kesat terhadap lelaki itu.

Salah seorang gadis yang sempat dirakam percayai bertindak cuba menepis kamera individu yang merakam kejadian itu.

Namun tindakan lelaki berkenaan yang cuba membalas balik serangan itu bagaimanapun dihalang seorang lagi wanita lain.

Klip video berkenaan telah tersebar di media sosial dan mendapat pelbagai komen dan kritikan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan menerima laporan dan polis juga turut menerima laporan yang mendakwa bapa kepada gadis berkenaan menumbuk pemandu teksi itu dan membuat kecoh di dalam Balai Polis Seksyen 9.

“Kes itu masih dalam siasatan, kami menerima laporan gadis berusia 27 tahun bersama saudaranya menaiki kereta Myvi telah bergesel dengan sebuah teksi.

“Pemandu teksi itu dipercayai bertindak agresif terhadap mereka,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: