Pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr Mahathir telah dibuat, kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC),
Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Malah kata Shahrir, rakan-rakan beliau dari kalangan ahli Parlimen juga turut membuat pertemuan dengan mantan Perdana Menteri itu.
“Saya tanya Najib (hasil pertemuan dengan Tun Mahathir), beliau cakap Tun Mahathir ‘hot and cold’,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen.
Kata Shahrir, meskipun Tun Mahathir lebih tua dan berpengalaman, beliau dan ahli-ahli Parlimen yang lain lebih arif dengan isu di peringkat akar umbi.
Menyifatkan Tun Mahathir sebagai orang atasan, Shahrir yakin kritikan yang dilontar itu tidak ambil kira hakikat mereka yang berada di bawah.
“Tun Mahathir tidak tahu apa yang kami lakukan. Kami orang-orang bawah yang lebih dekat dengan pengundi.
“Kritikan terlalu peribadi sebab itu kami respons.
“Tanggungjawab kami untuk pertahankan kerusi yang kami menang dan akan dilakukan bersama-sama kepimpinan Najib,” katanya.
Beliau juga menegaskan kritikan Tun Mahathir itu tidak melambangkan beliau sayang parti.
“Kami tidak jawab sebab tidak mahu ada ketegangan tetapi sekarang masuk peringkat secara terbuka.
“Tun Mahathir kata beliau lakukan ini kerana sayangi dan hargai parti. Kami juga mempunyai perasaan yang sama.
“Kami rasa sayangkan parti ini bukan caranya. Kalau diam tidak ada kesudahannya,” ujarnya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan