Adnan berkata, Umno mengambil tindakan sedemikian (tidak bertanding) pada PRK Chempaka, kerana menghormati Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
"Jika Pas tidak bertanding...kerana menghormati JJ (Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis) sebagai seorang pemimpin kanan, tentunya ini merupakan tindakan manis (oleh Pas).
"Kita akan jimatkan wang, masa dan tenaga kedua-dua parti. Lagipun, sekarang hanya untuk satu kerusi Parlimen,” kata Adnan pada sidang akhbar selepas melancarkan projek kediaman Swiss-Garden Resort Residences Sungai Karang di sini hari ini.
Tentang sama ada BN perlu bertanding di PRK Parlimen Permatang Pauh, Adnan berkata itu isu lain.
"Permatang Pauh dipegang PKR, bukan Pas," kata beliau.
Adnan berkata, Umno Pahang menyambut baik keputusan Umno Bahagian Rompin untuk menolak sebarang calon dipilih dari luar.
Beliau bagaimanapun berkata, ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti memutuskan dan seterusnya menjelaskan dengan baik sebab-sebab pemilihan itu.
Semalam, pemangku ketua Umno bahagian itu Datuk Hasan Ariffin berkata, bahagian itu hanya akan menerima calon yang dipilih dari kalangan anggota jawatankuasa bahagian.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang Jamaluddin dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.
Allahyarham Jamaluddin menjadi Ahli Parlimen kawasan itu selama enam penggal dari 1990.
Pada PRU 2013, beliau menewaskan Ketua Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. - Bernama
* kalau tak salah aku, aku tak pernah dengar yang PAS minta UMNO jangan bertanding DUN Cempaka. Ada ker ..? UMNO sendiri yang tawar diri sebab akan bungkus awal. hai hai hai ...
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
Harap PAS letak mat sabu atau husam sebagai calon.
DUN Chempaka UMNO tidak meletakkan calon, tetapi pertandingan diadakan juga. Sebenarnya UMNO tidak ada cukup telurnya, sebab itulah lebih suka pd konsep 'you help me, I help you'. UMNO adalah parti yg tidak bersifat jantan, dlm kata lain UMNO itu pondan!
Catat Ulasan