Jumaat, 24 April 2015

Najib tagih peluang sekali lagi ..pui!!

Pemerintahan negara bukan satu alat ujikaji. Ia satu amanah besar untuk memaju negara di landasan yang betul.

Betul bermaksud jujur dan mengikut lunas-lunas Islam. Yang miskin tidak ditindas dengan GST dan pelbagai lagi cukai.

Yang kaya tidak terus menerus kaya dengan kesombongan

Pemimpin bukan seharusnya mendapat habuan besar dari jawatan yang disandang. Pemimpin yang dipilih haruslah benar-benar berbakti dan memperhambakan diri kepada rakyat dan Allah SWT.

Mahathir terang-terang kata Najib tidak layak jadi PM.

Jika Najib kata beri peluang pada orang muda untuk mentadbir negara yang merujuk kepada dirinya itu, maka aku jawab seperti di atas. Najib wajib bertindak betul mengikut lunas-lunas Islam.

Dan aku tambah, peluang yang diberi bukan terus menerus membimbing rakyat dari keselesaan, malah Najib terus menerus membuat banyak 'masalah'

Dari hutang negara yang makin bertimbun, cukai GST yang terang-terang tidak langsung menampakkan harga murah, krisis 1MDB yang meranapkan duit rakyat, isu Altantuya yang macam kartun, Akta - akta yang menindas suara pembangkang, ranking universiti yang terus menjunam dan seriub satu macam 'masalah' semasa pemerintahan Najib.

Najib mahu peluang macam mana lagi ..?

Peluang 10 tahun lagi untuk hidup bermewah-mewah dengan hasil negara ..?

Bukan aku sahaja yang bersuara, malah kemewahan Najib sudah dicanang seluruh pelusuk dunia. Pemimpin mewah, rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi.

Peluang itu sudah lama diberi, malah peluang untuk UMNO pun sudah lama diberi. Cukup-cukuplah ...

Beri peluang kepada pakatan rakyat pulak!!

Soalan cepu emas aku kepada Najib dan penyokong ..Mana slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'?

Tang mana yang rakyat didahulukan ..?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

orgkampongok berkata...

Duit disapu...rakyat kena penyapu..