Sabtu, 25 April 2015

Bukan ditukar, tetapi dipecat terus!

RAKYAT Malaysia memang ditimpa malang bergandaganda. Selain terpaksa menghadapi musibah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April lalu (malah, sebelum tarikh itu pun sudah merasainya), mereka mendapat menteri yang tidak cerdik dan sering membuat kenyataan bodoh-lucu, serta berbelit dan tidak tetap.

Justeru, memang wajar ahli Parlimen Kluang dari DAP-Pakatan Rakyat, Liew Chin Tong pada 12 April lalu meminta Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ahmad Maslan ditukar ke kementerian lain sertamerta ekoran saranannya terhadap mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehari sebelum itu.

Mahasiswa UiTM mengkritik cadangan Ahmad supaya mereka memasak sendiri daripada makan di luar bagi mengurangkan beban GST kerana asrama pelajar universiti tidak membenarkan aktiviti memasak. Tegas Chin Tong, negara kita tidak memerlukan orang yang propagandis cemerkap seperti Ahmad.

Jadi, anggota kabinet itu sepatutnya segera ditukar ke kementerian lain.

Walau bagaimanapun, Chin Tong berharap Putrajaya boleh memastikan Ahmad tidak akan memalukan kerajaan Umno- BN dalam jawatan baharunya nanti.

Setelah dipindahkan, tambah Chin Tong, sekurang-kurangnya GST boleh dijelaskan sebagai satu isu yang serius dan bukan sekadar “propaganda murahan.”

Beliau turut mendakwa pemimpin Umno- BN dilaporkan menggunakan “politik perkauman yang tidak senonoh” untuk menyokong GST.

Namun begitu, Chin Tong tidak dapat memberi butiran tentang “politik perkauman” itu. Astro Awani, 12 April lalu melaporkan mahasiswa mengejek Ahmad yang juga ahli Parlimen Pontian dalam seminar berkaitan GST.

Mereka dilaporkan kecewa dengan Ahmad yang menyarankan supaya mahasiswa memasak makanan sendiri bagi mengelakkan GST kerana barang mentah tidak dikenakan cukai itu.

Walau bagaimanapun, Ahmad dilaporkan oleh Astro Awani sebagai berkata nasihatnya itu tertakluk kepada mahasiswa yang tinggal di luar kampus sahaja, dan beliau turut menggesa pengendali kedai makan di dalam kampus menetapkan harga yang munasabah.

Kata Ahmad, beliau telah menjelaskan semuanya dan menggalakkan mahasiswa memasak kalau menyewa di luar dan pengusaha cafe tidak wajar menaikkan harga kerana bahan mentah dikecualikan daripada GST.

Tambah beliau, semuanya sudah jelas.

Benarkah Ahmad maksudkan pelajar yang menyewa di luar sahaja atau sekadar memutar kata setelah dikecam?

Adakah beliau mengatakan sedemikian untuk menegakkan benang basah? Tanpa mengira yang tinggal di kampus atau rumah sewa, persoalannya ialah mengapa saranan itu dibuat?

Pada Disember 2013, Ahmad mengatakan harga barangan dan perkhidmatan akan turun selepas GST. Selepas 1 April lalu, membuat saranan sedemikian pula. Harga barangan dan perkhidmatan naik atau turun?

Sudah tentulah naik!

Jika kekal, masakan Ahmad membuat saranan yang dianggap bodoh itu. Sama ada harga barangan dikenakan GST atau tidak, hakikatnya secara umum, harga barangan dan perkhidmatan naik. Jadi, kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan.

Dengan kenyataan dan gelagat sedemikian, Ahmad bukan perlu ditukar ke kementerian lain, sebaliknya terus dipecat sahaja. Beliau tidak layak menjadi timbalan menteri, apatah lagi menteri!

Walau bagaimanapun, siapakah yang layak dalam kerajaan Umno-BN lagi?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

cgpa 3.85 ahmad maslan

Tanpa Nama berkata...

Cgpa 3.85 suku mcm mat maslan bodo ni nk watpa? Rakyat bkn nk hadap sgt cgpa 3.85 dia tu...ramai lg yg dpt cgpa 4.00 xdak nk heboh pun? Yg rakyat mahu ialah mcmna cgpa 3.85 dia tu boleh merapatkan jurang ekonomi antara rakyat kbykn & org kaya...dan mcmana nk jana ekonomi tanpa kerah titik peluh rakyat!