Jumaat, 24 April 2015

Aku tak yakin masyarakat Rompin sebodoh ini ..

Lawak apakah ini .. apakah ini lawak terbaru pembodek kerajaan? Hahahhaa ... bodoh dan terus memperbodoh diri sendiri.

Aku tak tau nak cakap apa. Rasa nak tergolek-golek gelak sakan dengan berita murahan ...

hangpa baca sendiri dan nilailah ..

Biarpun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terus menjadi sebahagian isu utama yang dibangkitkan pembangkang untuk meraih undi bagi memenangi Pilihan
Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, penduduk di kawasan itu dilihat mula memahami dan menerima pelaksanaan cukai itu.

Tinjauan BERNAMA di Kuala Rompin dan Muadzam Shah, mendapati isu GST hangat diperkatakan dan menjadi bualan kedai kopi masyarakat setempat.

Mengakui terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih sejak 1 April lalu berikutan pelaksanaan GST yang mengakibatkan kenaikan harga barang, mereka bagaimanapun
masih percaya dengan keberkesanan sistem cukai baharu itu.

Peneroka FELDA Mohd Selamat Muda, 49, berkata selepas disogok dengan pelbagai berita kurang enak mengenai GST, beliau kini lebih memahami apabila mendapat
penerangan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"KPDNKK turun di kawasan Kuala Rompin bersama jentera Barisan Nasional (BN) bagi menerangkan mengenai GST. Selalu dengar cerita-cerita buruk saja, tapi
semalam saya dah faham kebaikannya untuk jangka masa panjang," kata anak kelahiran Kuala Rompin.

Sementara itu, peniaga Nor Fadilah Mohd Razali, 36, berkata perniagaan gerai makanan yang diusahakannya sejak empat tahun lalu telah diubah suai untuk
menampung pelaksanaan kenaikan harga barangan berikutan GST.

"Perniagaan saya macam biasa kerana masih menjual kuih-muih pada harga sama seperti sebelum GST cuma saiznya saja kecil sedikit untuk tampung kos barang
mentah yang dinaikkan pemborong.

"Ada sesetengah pelanggan merungut sebab ada peniaga lain menaikkan harga barang walaupun tidak berdaftar dengan GST," katanya yang tidak menafikan terdapat
juga pelanggannya yang merungut mengenai kuihnya yang semakin kecil.

Bagi pelajar perakaunan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Ainatul Nabilah Ruslan, 20, beliau mula memahami mengenai cukai itu selepas menghadiri taklimat
KPDNKK dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di universitinya.

Walaupun bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu, Ainatul Nabilah berpendapat kerajaan seharusnya melaksanakan GST secara berperingkat bagi memastikan orang
ramai terutama masyarakat di luar bandar dapat menyesuaikan diri dengan sistem cukai baharu itu.

Selain mempergiatkan lagi usaha penerangan dan taklimat mengenai GST di semua peringkat, katanya menambah isu GST yang sering dibangkitkan rakyat kerana
kurang kefahaman mengenainya.

Sementara itu, Pegawai Unit Aduan KPDNKK Cawangan Rompin, Muhamad Hafiz Basirun berkata sejak pelaksanaan cukai itu, pihaknya hanya menerima 14 aduan mengenai
GST di Parlimen Rompin.

Aduan yang diterima membabitkan DUN Bukit Ibam dengan dua aduan, DUN Muadzam Shah (4) dan DUN Tioman (8) yang membabitkan kenaikan harga barang, kekeliruan
resit pembayaran dan caj perkhidmatan kad prabayar telefon bimbit.

Mohamad Hafiz berkata pihaknya sudah mengambil tindakan terhadap peniaga yang didapati cuba mengaut keuntungan dengan menaikkan harga tanpa mengikut peraturan.

"Kebanyakan penduduk di sini memang menerima baik pelaksanaan GST cuma bimbang peniaga yang tidak berdaftar di bawah cukai ini yang mengambil kesempatan.

"Bagaimanapun selepas banyak taklimat yang diberikan, kini mereka lebih memahami sebab dan tujuan sebenar kerajaan memperkenalkan GST ini," katanya.

GST yang berkuat kuasa 1 April lalu ditetapkan pada kadar 6 peratus, adalah sebahagian daripada program pembaharuan percukaian kerajaan bagi meningkatkan
kapasiti, keberkesanan dan ketelusan pentadbiran dan pengurusan cukai. - BERNAMA

Hanya orang bodoh sahaja yang kata naik harga barang tu bagus...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: