Selasa, 7 April 2015

Najib lebih teruk dari saya kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kehilangan wang negara semasa era pemerintahannya, namun menjelaskan ia tidak seteruk yang berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mendakwa kerajaan kehilangan berbilion ringgit.

Bekas perdana menteri itu turut mempertahankan keputusan pelaburan negara ketika 22 tahun era pemerintahannya dan mendakwa skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) milik Kementerian Kewangan lebih teruk kerana ia melibatkan hutang RM42 bilion.

“Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara, tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang,” katanya menerusi blog peribadinya chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir turut mengambil peluang menjelaskan skandal kewangan ketika zaman pemerintahannnya seperti Perwaja Steel, Bank Bumiputera dan Maminco.“Yang nyata ialah negara tahu di mana pergi wang yang dilabur semasa saya (memerintah), dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi.

“Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana," kata Dr Mahathir, dipetik laman blog berkenaan.


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: