Walaupun ada yang tidak senang dengan pengakuan mereka, seorang wanita berkenaan yang mahu dikenali sebagai Sasha berkata, dia tampil membuat pendedahan bagi mengingatkan pelawak terkenal itu supaya tidak berasa terlalu yakin dia boleh terlepas begitu saja.
SHASHA ketika ditemubual oleh wartawan BH Plus.
Malah mengikut Sasha bagi menegakkan hak wanita, dia sanggup berdepan tuduhan menjadi punca pelawak terkenal itu berani membuat kelakuan sumbang atas alasan, 'bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'.
"Saya terpanggil untuk tampil bukan kerana ingin mencari publisiti murahan tetapi ingin menegakkan hak sebagai seorang wanita.
"Kini, saya turut minta nasihat daripada rakan-rakan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada BH Online tetapi tidak mengulas lanjut sama ada akan melaporkan gangguan pelawak kasanova itu kepada polis.
Mengikut Sasha, dia tidak akan mempedulikan komen negatif terhadapnya kerana tahu dia bertindak atas prinsip berani kerana benar.
Sebelum ini Sasha mendedahkan mengenai seorang pelawak terkenal yang sering meminta gambar lucah dan menghantar mesej berbaur seks kepadanya menerusi aplikasi WeChat.
Dalam pada itu, mangsa terbaru Katherine (bukan nama sebenar), mendedahkan pelawak berkenaan berani mengganggunya walaupun memberitahu sudah mempunyai teman lelaki.
Mengikut Katherine, dia bukanlah mangsa pertama perlakuan jijik pelawak terkenal itu yang sering menghantar mesej lucah dan meminta gambar bogel mereka.
Pendedahan Sasha dan Katherine beserta video ada ditampilkan dalam segmen premium BH Plus
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Yg dema layan jantan tu wat per? Pi ler repot polis.
Catat Ulasan