Sabtu, 18 April 2015

Menteri- Menteri UMNO buat kejutan

Rakyat Malaysia, sinsinglah seluar dan lengan baju anda dan pikul cangkul anda, kerana Putrajaya mahu anda mula bertani untuk mencari nafkah semasa kenaikan kos sara hidup.

menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri Yaakob yang membentuk trio menteri cakap-tanpa-berfikir, bersama-sama dengan rakan-rakan Kabinetnya Ahmad Maslan dan Hasan Malek.

Beliau baru-baru ini dilaporkan menggesa rakyat Malaysia untuk "kembali bercucuk tanam untuk menampung keperluan mereka sendiri."

"Usaha menanam makanan anda sendiri bukan sahaja akan mengurangkan perbelanjaan harian, tetapi juga boleh menambah pendapatan jika hasil tambahan ini boleh dijual," beliau dipetik sebagai berkata.

Bravo, Ismail. Rakyat Malaysia sepatutnya sudah menjangkakannya.

Walaupun ianya kedengaran "menarik", adakah ianya praktikal?

Saya, mahu menanam sayur-sayuran dan membela ternakan saya sendiri di laman untuk memberi keluarga makan, dan mungkin untuk membuat sedikit wang tambahan, tetapi adakah saya mempunyai cara-cara untuk berbuat sedemikian?

Memang tidak.

Mungkin jika saya tinggal di kawasan luar bandar, saya akan memilih gaya hidup itu, tetapi ditujukan kepada rakyat Malaysia secara umumnya, komen Ismail tidak kena pada tempatnya.

Di mana kami harus mencari tanah untuk bercucuk tanam, Ismail?

Hakikatnya, dalam kehidupan zaman ini di rimba metropolitan, majoriti rakyat Malaysia bergelut untuk mempunyai rumah sendiri, apatah lagi tanah tambahan untuk bercucuk tanam.

Apa seterusnya, Ismail?

Beli anak panah dan tombak dan mula berburu, atau pancing dan mata kail dan mula memancing?

Mesti jimat, bukan?

Tapi, jangan lupa membayar cukai dan bekerja keras, supaya kerajaan boleh terus bermewah-mewah dengan membeli jet peribadi, kereta baru, dan koleksi jam-jam tangan mewah ahli politik.

Ini adalah logik biasa Putrajaya.

Rakyat diminta untuk menanggung bebannya tidak kira apa yang berlaku, dan tidak pernah sekali kami mendengar kerajaan persekutuan berkata, "Kami akan cuba sehabis baik untuk menyerap kesannya, untuk memudahkan kehidupan rakyat."

Kos sara hidup – berhenti makan di luar, mula bercucuk tanam dan menangkap ikan. Kenaikan harga petrol – berhenti memandu dan mula berbasikal. Potongan subsidi – kurangkan pengambilan makanan dan berhenti minum teh - "ia baik untuk kesihatan anda."

Bolehkah golongan "elit" ini, yang menuturkan kenyataan-kenyataan karut sambil duduk di kerusi kulit empuk mereka di Putrajaya, bertahan selama seminggu hidup sebagai rakyat Malaysia biasa?
Cuba jadi rakyat Malaysia biasa dahulu, yang terpaksa menampung kos sara hidup yang naik dengan kelajuan roket dengan gaji yang bergerak pada kadar siput,
hanya sehari saja, dan baru bercakap.

Sehingga mereka boleh berbuat sedemikian, adalah lebih baik bagi mereka untuk mendiamkan diri.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

YA ALLAH YA TUHAN KU KAU HANCURKAN LAH SEMUA PEMERINTAH NEGARA YANG MENGINAYAKAN RAKYAT NEGARA INI.YA ALLAH YA UHAN KAMI BERILAH PEMBALASAN KPD MEREKA INI TERMASUKLAH ANAK BINI MEREKA CUCU CICIT MEREKA KELUARGA MEREKA ZURIAT SERTA KETURUNAN MEREKA HANCURKAN LAH MUSNAH KAN LAH YA ALLAH YA TUHAN KU

Tanpa Nama berkata...

Kita ikut saranan Menteri bahalol nie dan kite juga akan menyokong Pakatan Rakyat

mohamad adel berkata...

ehehehehe labu labu

Tanpa Nama berkata...

Saya ada tanah tapi besar tapak jari jee.itu pun org rumah punya (hutan tebal)

Tanpa Nama berkata...

mmng sah la...pemimpin umno yg korup lahir dr hasil yg mane mak bapaknya x mandi junub....kebodohanya terserlah....