Sabtu, 18 April 2015

Lima ADUN PKR akan buat kejutan di Selangor, Jawatan MB bakal berubah?

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.

Menurut sumber SuaraTV, satu perjumpaan rahsia antara Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta semalam.

“Namun untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila dia pulang esok” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurutnya dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid.

“Dengan sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu, Tan Sri dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah.

“Usul mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk” ujarnya lagi.

Pas sebelum ini berhadapan dengan isu besar iaitu perbalahan dengan DAP yang disokong oleh PKR dan kewujudan kumpulan dalam Pas yang cende­rung menyebelahi kedua-dua parti tersebut.

Dalam masa yang sama, Hadi dilihat hanya disokong oleh kumpulan pro ulama bagi mempertahankan dasar perjuangan parti itu.

Keadaan kucar-kacir dalam Pas semakin ketara apabila secara tiba-tiba terbentuknya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang bergerak atas nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan alasan mahu mengukuhkan kerjasama antara Pas dengan PKR dan DAP.

Namun begitu ramai pemerhati politik melihat, kewujudan Pasma tidak menguntungkan Pas sebaliknya menambahkan lagi kekalutan dalam parti tersebut atau dalam bahasa mudah, Pas dilihat berpecah-belah.
http://www.suara.tv/2015/04/17/menurut-sumber-adun-pkr-dijangka-lompat-parti-sokong-khalid-sebagai-mb/

* aku rasa ini tak berlaku. hanya satu alih isu semasa. so baca boleh, percaya nanti dulu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Cf berkata...

Let PAS,..UMNO,..and all that is relevant to the Malays burn,.let all the Fanatics..all the cronies raze to the ground with their worthless leaders..lets pray from the ashes rises someone who has Islam,..Malay and Malaysia in his heart..

Tanpa Nama berkata...

Kalau atas kertas boleh lah.realiti 40%.tapi kalau dapat di ganti si Azmin pun kira ok lah.Dia ni MB yg di kategori sebagai bodoh tak boleh diajar pandai tak boleh di ikut.marah si Khalid legasi nya nak di musnahkan.kidex lra2.

along7275 berkata...

cukuplah berpolitik....sekarang waktunya berkerja / mamajukan untuk rakyat Selangor
Tambahkan pendapatan sampingan klik link ini.....cuba free aje
http://myinvitepay.com/?ref=278253

Quantum Metal Consultant berkata...

Cerita dongeng dibangkitkan semula..semata-mata kerana Azmin diakatakan sedang merapati Tun.

Tanpa Nama berkata...

Apa salah Azmin rapat dgn Tun ... Telah di ketahui umum mungkin yang Azmin tu anak angkat Tun M. What about PAS merapatu Umno???? Buruk sekali perangai PAS. Konon warak????