Khamis, 16 April 2015

Mahathir anugerah Allah kepada Malaysia kata Ibrahim Ali ... hahahaha


Ibrahim Ali hari ini menyelar sikap sesetengah pihak yang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempersoalkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, mengatakan bekas perdana menteri itu merupakan anugerah diberikan Allah kepada Malaysia.

Ibrahim berkata ini kerana walaupun sudah tua, Dr Mahathir tetap memberikan teguran kepada kerajaan walaupun tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

“Kalau ada orang kata Dr Mahathir ‘diam, kamu orang tua, masa kamu sudah tamat’, ini semua karut.

“Sebenarnya Tuhan beri anugerah pada Malaysia. Kalau dahulu Dr Wan Azizah kata Anwar anugerah Tuhan. Sebenarnya anugerah Allah kepada Malaysia ialah Dr Mahathir. Dia permata negara," katanya merujuk kepada kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail satu ketika dahulu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Macam sekarang orang kata dia ada kepentingan. Dia ada kepentingan apa? Dia tak mahu jadi perdana menteri lagi,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

" dia permata negara "

ckp siang pandang2 berahim.

permata negara dah ada penyandangnya : BIG MAMA

lu berani C4 ke?