Jumaat, 3 April 2015

Lebih baik kau letak jawatan!

Mula-mula korang baca apa yang Ahmad Maslan cakap:

Hanya 815 aduan pasal GST pada hari pertama...40% pasal top up

Agak mengejutkan...itu kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai jumlah aduan yang diterima pasal GST pada hari pertama perlaksanaannya semalam 1 April.
Hanya 815 saja.Jumlah ini kecil kalau dibandingkan dengan rakyat Malaysia.

Menjawab soalan mengenai GST di Dewan Rakyat pagi Khamis,beliau berkata ini satu petanda permulaan yang baik.

Menurut Ahmad Maslan dari 815 itu sebanyak 40 peratus dari aduan itu adalah mengenai top up pra bayar telefon bimbit.

Katanya sepatutnya harganya adalah sama sebelum GST tetapi ada yang kenakan 6 peratus GST.

Jabatan Kastam telah adakan pertemuan dengan telco meminta mereka betulkan hal ini.
Katanya jika mereka berdegil,kerajaan akan bawa mereka ke mahkamah.

Beliau menjelaskan sepatutnya tolak dulu SST baru campur GST.

"Top up dulu ada SST 6 peratus..bila kita laksana GST..tolak dulu baru campur GST...6 tolak 6 ...kosong..maksudnya tidak berubah...kalau top up itu dulu RM10 selepas 1 Aprl juga RM10,"katanya. - 2/4/2015

Lepas tu korang baca pula penyelesaian terbaru dari syarikat telco. Siapa yang betul siapa yang salah?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) beserta pembekal komunikasi Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile hari ini menjelaskan isu sekitar GST bagi perkhidmatan prabayar.

“Saya telah diberi taklimat oleh celcos mengenai perkara ini. Sejak dari mula, perkhidmatan komunikasi tidak termasuk dalam senarai barangan yang dikecualikan atau zero rated daripada GST, bermakna pengguna perlu membayar GST untuk perkhidmatan ini.

"Ini termasuk isian semula prabayar,” kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Sri Dr Halim Shafie.

Dr Halim menegaskan bahawa isian semula prabayar tertakluk kepada GST dan ini mematuhi Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Menurut Dr Halim, nilai prabayar adalah sama dengan nilainya sebelum pelaksanaan GST; bezanya hanyalah GST ditambah kepada amaun prabayar.

Menurut keempat-empat pembekal perkhidmatan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bersetuju dengan cara pelaksanaan GST ke atas isian semula prabayar seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat yang berlangsung semalam di antara Jabatan Kastam dan wakil daripada keempat-empat pembekal perkhidmatan komunikasi.

Pun begitu, bagi meringan beban terhadap pengguna, sebagai langkah peralihan, para pengguna yang mengisi semula RM5.00 ke atas akan mendapat nilai tambahan yang melebihi GST 6% yakni dalam bentuk minit dan mesej teks percuma. Tempoh peralihan bermula 3 April 2015 selama tiga bulan.

Satu kajian akan juga dijalankan oleh pembekal perkhidmatan komunikasi bagi menilai sama ada pengguna cenderung kepada nilai isian semula yang lebih rendah dimana GST akan dikenakan.

Contohnya, isian semula RM10.00 boleh dijual pada harga RM10.60 (isian semula RM10 tambah GST 6%) atau RM10.00 (isian semula RM9.43 tambah GST 6%).

Sementara itu, pihak industri sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta MCMC dalam membangunkan pakej jalur lebar yang lebih mampu dimiliki oleh rakyat. Pengumuman dijangka dibuat pada pertengahan bulan April.

-Bernama

pui .. pi mai pi mai rakyat juga kena. Dah la servis tak bagus mana. Mahal je lebih.

Malah dalam berita tv sebentar tadi, Ahmad Maslan kata, hasil perbincangan, GST tetap akan dikenakan dalam tempoh sebulan ini. Maknanya dalam tempoh sebulan dah berapa banyak kaut. Pui ...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: