Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata wajar dipecahkan monopoli dalam pasaran telekomunikasi selepas syarikat telekomunikasi didapati secara
kolektif menaikkan harga kad tambah nilai ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Empat syarikat telekomunikasi - Celcom, DiGi, Maxis dan U Mobile - didapati menaikkan harga kad tambah nilai walaupun harganya sepatut kekal dengan GST.
GST bertujuan untuk menggantikan cukai jualan.
Sebaliknya, mereka memasukkan enam peratus cukai jualan yang telah dimansuhkan itu, ke dalam dalam keuntungan mereka dan menggenakan tambahan enam peratus
GST.
"Telco 4 ini wajar dipecahkan monopoli mereka agar dengar apa kehendak pengguna," tulis Ahmad dalam twitternya.
Selepas mereka dikesan telah menaikkan harga, syarikat telekomunikasi berkata, mereka akan memberikan enam peratus lebih 'talktime' (masa berbual) untuk
caj lebihan itu, tetapi Ahmad berkata ramai minta turunkan harganya.
"Ramai minta turunkan harga top-up kepada harga asal seperti sebelum GST. Bukan tambah lebih 6 peratus airtime/sms," kata Ahmad dalam twitter.
Oleh itu, timbalan menteri itu berkata beliau telah meminta Jabatan Kastam membincangkan lagi tentang keputusan itu.
"Sebelum ada keputusan lain, ramai ingin bukti tambahan airtime itu. Elok Telco survey, pengguna pilih kurang harga atau pilih tambah airtime," tambah
Ahmad.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan