"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?
"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?" soal Dr Mohd Asri dalam Facebooknya .
Beliau mengulas kenyataan Ahmad yang dilapor Astro Awani sebagai berkata dalam Twitter bahawa Dr Mahatir masih belum memahami sepenuhnya, belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai maksud GST sehingga beliau mahu cukai itu dibatalkan.
Semalam bekas perdana menteri itu menggesa kerajaan membatalkan sahaja cukai barangan dan perkhidmatan dan masih ada pegawai yang belum faham dengan pelaksanaan cukai itu.
* aku tambah, kalau Mahathir tak faham, tak terkesan sangat, sebab duit pencen dan duit semasa dia jadi PM dulu pun tak hbis makan. Kami rayat yang biasa, makan pun kena catu, apa cerita ..?
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Tuan blogger, salaam dan t.kasih kerana menyiarkan luahan Dr. Asri mengenai menteri UMNO yg ''di anggap kurang cerdik olih majoriti rakyat''. Lazimnya seorang 'alim begitu berhati hati bila mengeluarkan kata2, namun mungkin rasa mual tahap tinggi begitu mendesak lantas terpancutlah ungkapan sedemikian. Kepada pihak yg berwenang, sila ambil perhatian, dan hentilah memangsakan rakyat terus terusan demi serakah nafsu golongan elit, isteri dan anak2 mereka. Keborosan dan kebocoran lantaran urus tadbir yg capek, seperti fidlot lembu yg tak menjadi, pembaziran dan pembohongan mengenai pegunungan hutang negara dan 1MDB (termasuk pembelian kondo/rumah mewah di New York dan Hollywood), pembelian jet mewah, pembunuhan Teoh Beng Hock dan pengkaburan motif pembunuhan/penglumatan jasad Altatunya dan berbagai lagi dan didambak pula dek kos sara hidup yg mencacak naik. Namun itu semua itu terpaksa ditelan walaupun terseksa, ttpi ia menjadi begitu perit apabila bersengkokolan atau bersekali dengan ungkapan manusia2 yg 'kurang cerdik' ini.
Catat Ulasan