Ahad, 26 April 2015

Debat antara Mahathir vs Ahmad Maslan isu GST

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof menyarankan agar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berdebat secara terbuka bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dr Mohamad Agus berkata gesaan itu dibuat bagi menilai tahap pemahaman kedua-dua pemimpin itu dalam keberkesanan terhadap pelaksanaan cukai tersebut kepada rakyat.

“Apabila Datuk Ahmad Maslan cakap Tun Mahathir tidak faham GST, saya fikir ada baiknya kedua-dua pemimpin ini berdebat secara terbuka.

“Saya ingin melihat siapa yang lebih faham,” katanya dalam laman Facebook.

Menurutnya lagi, pelaksanaan GST dilapor akan menurunkan harga barang seperti mana dakwaan Ahli Parlimen Pontian itu, sedangkan ia menunjukkan peningkatan harga.

“Yang pastinya saya tidak rasa GST menyebabkan harga barang turun seperti mana dakwaan Datuk Ahmad Maslan.

“Jadi, siapa sebenarnya yang tidak faham?” soalnya yang merujuk kenyataan Ahmad yang mengulas pandangan Dr Mahathir yang mahu kerajaan membatalkan GST sejak ia diperkenalkan pada 1 April lalu.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.

Astro Awani melaporkan Ahmad berkata, Dr Mahathir juga mungkin masih belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.

“Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

“Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Suruh Mat Maslan bawa 17 orang lagi yang "cerdik" sepertinya untuk berdebat dengan Tun Mahathir, nescaya semua mereka akan berbuih mulut termasuk Mat Maslan yang berbuih jubur apabila berdebat dengan Tun Mahathir.

Tanpa Nama berkata...

hahahahah...betul...betul...betul........turunkan harga kangkung jer.....