Rabu, 8 April 2015

Hahaha .. Najib membisu sebab ini?

Kha kah kah ... Najib membisu sebab hormat Mahathir ..? betoi ka ni ...

Macam tak percaya je. Habis tak kan Najib tak tahu menahu 'serangan' balik dari JASA ..?

Tak kan Najib tak tahu dalam TV malam tadi berpuluh serangan balas dari kem Najib kepada Mahathir ..?

Kah kah kah .. membisu sebab hormat ke takut ..?

Tapi penagnalisis yang mengaku dia penganalisis tu biarkanlah, dia kan cari makan kat situ ..? kah kah kah ...

Penganalisis politik berpandangan sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terhadap teguran Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kerana beranggapan Najib tidak mahu mengeruhkan keadaan selain menghormati Mahathir.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, adalah lebih baik untuk Najib berdiam kerana sekiranya Najib 'membuka mulut' keadaan yang lagi parah akan berlaku.

"Saya rasa kritik lebih berunsur masalah personal antara Tun Dr Mahathir  dan Najib.

"Najib tidak jawab kerana menghormati Tun yang pernah berjasa kepada dirinya.

"Sekiranya Najib jawab, ianya akan memburukkan lagi keadaan dalam hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

"Namun sekiranya isunya adalah isu kepentingan awam, Najib perlu juga jawab. Sekiranya tidak, isu tersebut boleh jadi spekulasi yg menjejaskan kredibiliti Najib dan parti kelak," katanya kepada Sinar Online.

Sementara ketika ditanya mengenai adakah ada keperluan untuk Najib menggunakan medan sosial untuk menjawab kepada soalan yang berbangkit sekiranya Najib tidak mahu 'buka mulut', Azizudin berkata itu bukan 'cara' Najib.

"Najib tidak lawan guna blog, FB dan Twitter, saya rasa ianya bukan 'style' Najib menggunakan media sosial mengkritik atau menghentam pihak lain.

"Media sosial hanya digunakan Najib buat hebahan aktiviti yang dilakukan beliau," ujarnya.

Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14 dan hari ini Dr Mahathir 'menyerang' semula dengan lebih keras.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kalau x betul pun...Najib perlu bersuara membetulkannya...kata orang tua2...kalau membisu itu tandanya ada memang benarlah seperti yang dikata...