Pendapatan Hsien Loong yang merupakan anak kepada Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew itu adalah menyamai gabungan pendapatan tahunan pemimpin-pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK).
Perdana Menteri Singapura itu, bagaimanapun telah memotong gajinya sebanyak 28 peratus berikutan ramai yang tidak berpuas hati selepas beliau memperolehi pendapatan lebih AS$2.8 juta (RM10.1 juta) dari 2008 hingga 2012.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459).
Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden China, Xi Jinping pula dilaporkan memperoleh pendapatan paling sedikit dalam kalangan pemimpin dunia dengan hanya memperoleh gaji di bawah AS$50,000 (RM181,199) setahun.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
4 respon:
ala.. Najib bape yer,
Najib x da gaji pn x apa sbb dia dari keluarga bangsatwan hartawan rasuahwan Mongoliawan sementara bini dia Sudah menabung dari dlm Rahim ibunya Lagi.,.,betul x cai umnogok???
fakta salah..yg paling tggi gaji ialah pm malysia melalui gaji x rasminya (duit rkyt duit dia,duit dia duit dia) ditmbh plak hadiah flight peribadi pm tiap2 thun dr rkyt
Kepada semua pemimpin yang beragama Islam (UMNO/PAS/PKR) saya memohon ampun dan maaf selama ini mengumpat/mengeji anda semua. Mudah-mudah Allah selamatkan saya, keluarga dan saudara seIslam dari memakan Bangkai di akhirat kelak.
Catat Ulasan