Rabu, 22 April 2015

Guru kena pecat kerana PBS!!

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, guru yang membantah pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah dipecat.

Keputusan memecatnya dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dalam mesyuaratnya yang ke-992 pada 31 Mac 2015.

“Setelah menimbang fakta-fakta berkaitan, Suruhanjaya mendapati bahawa tuan tidak dapat membebaskan diri daripada pertuduhan Suruhanjaya. Justeru, dalam mesyuarat yang sama tuan dikenakan tindakan tatatertib dengan dibuang kerja berkuatkuasa 31 Mac 2015.”

Surat berkenaan ditanda tangan oleh Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Haili bin Dorhan.

Berdasarkan tarikh serahan, Mohd Nor Izzat, 29, menerima surat pemecatan tersebut 18 hari kemudian, iaitu pada 17 April 2015.

Sebelum ini, ekoran bantahannya terhadap PBS, dia menerima arahan untuk berpindah ke sekolah di kawasan pedalaman.

Sebelum dipecat, Mohd Nor Izzat dilaporkan membuat dua rayuan untuk tidak berpindah dari sebuah sekolah di Jerantut, Pahang.

* kerana perngorbanan dia, guru-uru sekarang sudah boleh tidur lena dengan pembaharuan PBS. tapi malang bagi kementerian / kerajaan bersikap kuku besi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Berdoa pd Allah agar menimpa bala yang sedasyat2nye kepada mereka dan keluarga mereka yang bersubahat dlm memecat Cikgu yg tidak bersalah yang hanya bertindak atas dasar sayangkan colleague dan murid2 dan atas dasar kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Rezeki Allah ada dimana saja atas muka bumi ini..Biarlah Allah s.w.t membalas kpd mereka yg menzalimi Cikgu Mohd Nor Izzat..bala Allah akan sampai ke atas mereka..lambat atau cepat..lagipun skrg Allah bayar tunai ..Harap Cikgu bersabar ..sikap mulia Cikgu sgt2 kami hargai demi anak2 bangsa .Inshaallah.