Jumaat, 3 April 2015

GST: Jelas rakyat kena kencing kaw2

Baru dua hari pelaksanaan GST kita dapat lihat bagaimana pendirian kerajaan dengan syarikat-syarikat besar. Kerajaan jadi 'pondan' bila berhadapan dengan syarikat besar. Semalam cakap lain, hari ni cakap lain,Menteri cakap lain,Kastam cakap lain. Yang jadi mangsa rakayat. sehari pun dah berapa banyakdikutip. pui ...!

Kad tambah nilai prabayar tetap dikenakan GST


Syarikat telekomunikasi akan tetap mengenakan caj enam peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kad tambah nilai prabayar berkuat kuasa serta-merta.

Bagaimanapun, pelanggan akan ditawarkan tambahan kredit masa berbual dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kadar nilai melebihi cukai enam peratus.

Pengarah Bahagian GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T.Subromaniam berkata, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan antara ketua eksekutif syarikat telekomunikasi, Kastam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

"Persetujuan sementara itu berkuat kuasa hari ini dan akan berterusan selama tempoh tiga bulan sebelum perbincangan lanjut dilakukan sama ada ia akan diteruskan atau dikaji semula," katanya pada sidang media di sini.

"Kita sebenarnya mempunyai dua pilihan, sama ada mengekalkan harga kad prabayar, contohnya RM10 (tanpa GST) atau mengenakan RM10.60 (cukai telah diserapkan dalam setiap kad sebelum pelaksanaan GST dan masa berbual melebihi enam peratus GST.

"Jadi, berita baik ialah pengguna akan mendapat tambahan kredit masa berbual yang akan diaktifkan dalam sistem, dengan kadar nilai melebihi RM1. Inilah merupakan permintaan pihak kami kepada syarikat telekomunikasi," jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad, yang turut menyertai perbincangan itu, berkata caj perkhidmatan yang dikenakan oleh hotel dan restoran tertakluk kepada GST.

Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil caj perkhidmatan yang dikenakan oleh dua premis itu.

"Ia wujud atas perjanjian kolektif antara pekerja dan majikan hotel dan restoran. Jadi, ini isu yang sebenarnya universal kerana caj perkhidmatan itu dipraktik sejak 1948 di seluruh dunia," katanya.

Bagaimanapun, pihak kementerian akan mengkaji sekiranya perlu mewujudkan garis panduan untuk peniaga atau majikan untuk mengenakan caj perkhidmatan, katanya. - Bernama

Siasat syarikat telekomunikasi


Putrajaya: Siasatan akan dilakukan bagi melihat alasan syarikat telekomunikasi menaikkan harga kad tambah nilai prabayar selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang heboh diperkatakan, hari ini.

Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Datuk T Subromaniam berkata, sepatutnya tiada perubahan harga bagi kad tambah nilai itu.

Katanya, sebelum GST berkuatkuasa hari ini, cukai perkhidmatan terhadap kad tambah nilai itu adalah pada kadar enam peratus.



"Justeru, apabila GST ini dilaksanakan, sepatutnya tiada perubahan harga. Sebagai contoh, jika sebelum ini nilai tambah berharga RM10, ia dianggap termasuk dengan cukai perkhidmatan.

"Kita juga sudah memberi surat kepada syarikat telekomunikasi di mana apabila beralih kepada GST, kena kekalkan harga. Misalnya, jika harga RM10 tetap dengan harga itu kerana kadar cukai adalah sama cuma nama saja berbeza iaitu cukai perkhidmatan kepada GST," katanya pada sidang media mengenai GST di sini, hari ini.

kesimpulan


Jelas di sini, kerajaan di bawah UMNO hanya mahu mengaut duit rakyat untuk menutup kelemahan pentadbiran mereka. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya. GST memang haramjadah!!


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

GST adalah haram kerana GST menindas rakyat !

Ustaz Azhar Idrus - Hukum Cukai GST https://www.youtube.com/watch?v=56XQ6Ul2-uo

Ust Esa Deraman - KENAPA GST DIHARAMKAN? https://www.youtube.com/watch?v=oIpjpTkeJdU

Tanpa Nama berkata...

Insan yg bertaqwa memang faham tapi mereka yg dah jahil mcm pemimpin angok (pemerintah) bangkitlah ulamak dari dlm kubur pun tak kan mereka peduli. Kalau mereka dibakar oleh api Neraka kat dunia ni, mungkin kut terkesan, tak ada la nak menzalimi rakyat yg tdk punya kuasa dgn kuasa yg mereka miliki. Wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

#Kami benci umno #Benci Najib #Benci Rosmah #Hapuskan GST #Najib makin kaya,Rakyat papa kedana