Jumaat, 3 April 2015

Pesanan Nik Aziz?

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendedahkan amanat terakhir bekas mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang
mahu anggota parti itu mewujudkan hubungan baik dengan Umno.

Mohd Amar berkata bekas menteri besar Kelantan itu meminta beliau dan ahli parti tidak mengkritik Umno kerana pihaknya perlu berurusan dengan parti itu
antaranya mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, lapor Berita Harian hari ini.

"Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAs sudah masuk perangkap
Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.

"Kenapa isu ini perlu dibangkitkaan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan Persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham
Nik Aziz juga hubungan itu sudah terjalin.

"Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi tidak perlu pertikai isu hubungan baik PAS dengan kerajaan persekutuan, sebaliknya memberi
keyakinan kepada pimpinan PAS kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Laporan itu menyebut Mohd Amar berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di depan kira-kira 3,000 hadirin dalam Majlis Penerangan Hudud di Pusat Tarbiyah 
Islamiyah di Pengkalan Chepa malam kelmarin.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: