Berita baik ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung di sini hari ini.
Jelas beliau lagi, perlaksanaan ini dilakukan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk menikmati siaran TV digital terutama masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai sistem siaran Astro.
“Kita sedia maklum bahawa siaran digital ini tidak boleh diterima oleh televisyen biasa yang menggunakan sistem analog. Jadi, mereka yang tidak berkemampuan ini, seharusnya kita bantu bagi mereka menikmati siaran televisyen yang lebih baik.
“Ia juga merupakan salah satu syarat yang telah dipersetujui dengan pihak pembekal dan pelaksana perkhidmatan siaran TV digital ini agar semua pihak dapat menikmatinya dengan adil dan saksama,” ujarnya dalam laporan yang dipetik dari Astro Awani.
Ahmad Shabery berkata demikian sewaktu menjawab soalan Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (BN-Mersing) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan ada menyediakan bantuan atau insentif bagi meringankan beban pengguna terutama penduduk miskin luar bandar bagi menikmati siaran TV digital yang akan dilaksanakan tahun ini.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan