Ahad, 22 Mac 2015

Ustaz Kazim merajuk

Penceramah terkenal tanah air, Datuk Mohd Kazim Elias mengucapkan penghargaan terima kasih kepada penyokong serta peminatnya dan meminta maaf kepada mereka atas keputusannya untuk menarik diri daripada muncul dalam mana-mana program ceramah di kaca televisyen selepas ini.

Katanya, beliau sangat terharu dengan rayuan mereka yang memintanya supaya menarik semula keputusan tersebut, namun jelasnya permintaan mereka mungkin tidak mampu untuk beliau realisasikan buat masa kini.

“Terima kasih semua, rupanya ramai yang menyokong saya tetapi tidak mengapalah, saya baik-baik sahaja,” katanya kepada Sinar Online hari ini.

Namun pun begitu, Kazim berkata, beliau tetap berlapang dada dan menanggap isu ini sudah selesai.

“Biarlah saya tenang, saya tidak mahu mengganggu pelajar saya kerana bila saya terus keluar di kaca televisyen mungkin ramai yang sakit hati, nanti mereka mungkin bergaduh pasal saya, jadi biarlah mereka belajar dengan tenang tanpa gangguan,” katanya.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Baru ditegur begitu pun dah merajuk? Kenapa tidak perbaiki diri dlm penyampaian ceramah/dakwah supaya dapat memikat selera khalayak terutamanya orang muda? Sekiranya ada kekurangan atau kesilapan telah dilakukan lalu diberi teguran, adalah lebih baik diberi perhatian kerana orang itu mahu agar UKE berceramah dgn kualiti yg lebih baik. Ini sentap pula, penceramah apa kalau begitu!!!