Isnin, 23 Mac 2015

Kantoi kali kedua

Bagaikan tidak serik dengan hukuman yang diterima atas kesalahan khalwat sebelum ini, seorang remaja lelaki sekali lagi dihadapkan ke
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu semalam, atas pertuduhan sama.

Tertuduh yang baru berusia 18 tahun dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak di Ulu Yam, Selangor, jika gagal membayar denda.

Manakala pasangannya yang baru berusia 15 tahun dan merupakan seorang pelajar, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM2,000 berserta
dua penjamin dalam kalangan ibu bapanya.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas pasangan terbabit mengaku salah berkhalwat.

Berdasarkan fakta kes, satu serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah bersama polis di bilik sebuah hotel di Jalan Sultan
Zainal Abidin, di sini, pada 22 Oktober tahun lalu, kira-kira jam 3.05 pagi.

Setibanya di lokasi, keadaan pintu bilik tertutup rapat dan pihak berkuasa memberi salam beberapa kali.

Bagaimanapun, kira-kira lima minit kemudian, pintu dibuka oleh seorang wanita yang ketika itu keadaan bilik sangat gelap sebelum pihak berkuasa mengarahkan
lampu dibuka, dan seterusnya pemeriksaan lanjut dijalankan.

Semasa membuat pemeriksaan, pihak berkuasa ternampak keadaan langsir tingkap tidak terurus sebelum ternampak kelibat seorang lelaki terjun ke bawah bagi
melarikan diri.

Bagaimanapun, lelaki tersebut berjaya ditangkap 30 minit kemudian.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: