Jumaat, 6 Mac 2015

Sampai Anwar mati pun UMNO tetap takut dengan dia ..

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai kriteria khas untuk dibenarkan menghadiri sidang Parlimen yang akan bermula pada Isnin depan.

Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, Ketua Pembangkang itu hanya boleh menghadiri persidangan Dewan Rakyat sekiranya diberikan pengampunan oleh Lembaga Pengampunan.

"Selain itu semasa Mahkamah Persekutuan memutuskan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, mahkamah juga tidak memaklumkan atau memutuskan bahawa beliau boleh hadir ke sidang Parlimen.

"Jadi beliau harus berada di penjara seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan terhadap kesnya," katanya.








Irmohizam Ibrahim


Selain itu Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor turut membidas kenyataan-kenyataan pro- pembangkang yang dianggapnya jahil dalam memahami peruntukan undang-undang.

"Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.

“Majlis Belia Selangor berharap Anwar dan pihak pembangkang menghormati badan kehakiman Malaysia di mana ia adalah sistem dan struktur utama organisasi negara, selain perundangan dan badan eksekutif.

Janganlah berbuat sebarang isu dan provokasi sehingga menimbulkan keraguan dan krisis keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman negara,” jelas Irmohizam.

Pada Rabu Jabatan Penjara menolak permohonan keluarga Anwar bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Pengesahan itu dimaklumkan peguam Anwar yang juga pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran serta Latheefa Koya menerusi kenyataan media.

* so apa komen korang ..? Anwar masih lagi ahli parlimen sebab dia masih menunggu proses akhir penganpunan Agong. Jadi kalau jadi ahli parlimen tapi tak boleh ke parlimen apa jadahnya? Motif? hahahahhaha..... siapa yang bodoh kat sini ..?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: