Jumaat, 6 Mac 2015

Siapa 'ikat tangan' BNM mengenai isu 1mDB?

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesyaki Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin berdepan dengan masalah untuk menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) walaupun terdapat tanda-tanda yang mencurigai berkaitan pengubahan wang haram.

Ahli parlimen Pandan itu berkata beliau telah beberapa kali menulis kepada BNM berhubung firma pelaburan Negara itu tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

"Menurut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla), bank pusat perlu mengambil tindakan dan menyiasat jika sesuatu urus niaga itu tidak masuk akal.

"Biasanya, kalau anda memindahkan RM1 juta ke Kepulauan Cayman, BNM akan menyiasat anda di bawah Amla,” katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, beliau mengandaikan seperti terdapat sesuatu bentuk gangguan (yang menghentikan BNM daripada menyiasat 1MDB).

Satu tanda yang mencurigai, katanya, telah didedahkan dalam pendedahan Sarawak Report hujung minggu lalu berhubung transaksi AS$700 juta (RM2.5 bilion) dari 1MDB kepada Good Star Ltd, yang dikuasai jutawan Jho Low.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, Rafizi berkata, berdasarkan emel yang didakwa bocor yang diterbitkan oleh Sarawak Report, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan Deutsche Bank mungkin melanggar satu peruntukan Amla kerana gagal mengisytiharkan nama benefisiari.

"Saya percaya RBS (Royal Bank of Scotland) memerlukan pengesahan nama benefisiari untuk melengkapkan proses mitigasi risiko dalaman kerana tiada nama…. (ayat yang tidak lengkap).

"Kami akan menunggu arahan anda sama ada untuk mendedahkan nama benefisiari (sila berikan) kepada RBS Coutts," pegawai Deutsche Bank bertanya kepada CEO 1MDB ketika itu, Shahrol Halmi dalam emel yang didakwa itu.

Shahrol menjawab bahawa benefisiarinya adalah Good Star Ltd, yang mempunyai alamat di Republik Seychelles.

BNM tidak menjawab emel Malaysiakini mengenai 1MDB.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai hutang 1MDB dalam satu sidang akhbar pada bulan Januari, Gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata Bank Negara Malaysia tidak akan membenarkan sebarang kesan 'sistemik' daripada syarikat individu menjejaskan ekonomi Negara.

"Kami tidak penah mengulas mengenai entiti individu, namun kami mempunyai aturan untuk menanganinya supaya tiada mana-mana entiti individu mendatangkan impliaksi sistemik ke atas sistem kewangan ke atas ekonomi Negara,” Zeti dilaporkan berkata.

Menurut Rafizi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak boleh menanam keyakinan dalam 1MDB jika beliau memastikan BNM boleh menyiasat secara bebas.

Ini, katanya, adalah lebih baik daripada membuat pengumuman mengenai audit awam, seperti diumumkan Najib semalam, kerana skop audit itu boleh terhalang oleh bidang tugasnya.

Oleh itu, ahli Parlimen Pandan itu menggesa supaya skop dan bidang audit dibentangkan di sidang Parlimen yang akan datang untuk memastikan ia adalah benar-benar menyeluruh dan bertujuan untuk menyediakan ketelusan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: