Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Raja Kamil memuat naik beberapa keping gambar kereta milik Almarhum Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan ingin dijual.
Raja Kamil menerangkan kereta tersebut untuk dijual setelah dia berhubung dengan anaknya, Nik Mohamad Abduh.
Katanya lagi, kereta tersebut akan dijual kepada mereka yang menawarkan harga tertinggi.
“Kereta Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz untuk dijual. Dijual kepada yang menawarkan harga tertinggi.
“ps: yang ini, saya contact terus dengan anak arwah TGNA. Share kepada yang berminat,” katanya di status Facebooknya.
Sementara itu,Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan ianya adalah silap faham dan kenderaan tersebut bukan untuk dijual.
“Saya fikir itu silap faham kot. Tidak untuk dijual,” katanya
UPDATE :
1. Jualan diberhentikan seketika. Kata Ustaz Nik Ab Rahim Nik Abdul Aziz , sudah ada pembeli berpotensi.
2. Saya tidak berurusan dengan Ustaz Nik Abduh, saya berurusan dengan Ustaz Nik Ab Rahim.
3. Sebelum pantas memburuk-burukkan tuan guru, dan menidakkan ke-zuhud-an TGNA, baca sebuah komen daripada Truly Wan di salah sebuah 'share'.
"kereta ini dihadiahkan oleh Al-Sultan untuk aruah nii..x tau jgn cakap sembarangan .Aruah tak ada dosa pun dgn kamu malah butir mata mu pun tak pernah jumpa jauh sekali mung gi dengar kuliah dia."
4. Mafhum hadis, "Jika tidak dapat berkata yang baik, maka diamlah"
Wallahua'lam ~omakkau
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
FB adalah saluran yahudi..
Bila gunakan..dapatlah musibah samada yang sudah mati atau masih hidup.
Jika niatnya untuk memfitnah Almarhum Nik Aziz, tentu tiada langsung cara untuknya memohon keampunan tuan punya diri yg difitnah itu di dunia ini. Oleh itu hindarilah dari membuat fitnah, jika orang yg difitnah itu masih hidup, pemfitnah perlu menemuinya untuk mendapatkan keampunan sebaliknya jika orang itu telah meninggal dunia, tanggunglah azab diakhirat nanti.
Catat Ulasan