Isnin, 2 Mac 2015

Najib jawab memang bapak dia sederhana tapi kemewahan dia dari ....

ALAHAI. nak cover line ke pak Jib. tak apalah, selagi terdaya buatlah. Sekarang yang keluarkan statement tu dari siapa ye. sebelum ni bukan ke dari PMO?

‘Invois dan dokumen lain yang diperoleh oleh The Times menunjukkan berjuta-juta dolar dalam pesanan Rosmah di Hong Kong pada tahun 2008 dan 2009 – berlian
dan zamrud cincin, dan berlian, zamrud dan gelang delima,” lapor akhbar itu.

Akhbar itu turut melaporkan Najib ”menerima harta pusaka” sebagai sumber kekayaannya, dengan memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sewaktu menjelaskan
sumber kekayaan tokoh politik itu.

baca lagi kat sini




Dan ini pula jawapan dari Pak Jib setelah banyak isu melibatkan dia, dengan isu adik beradik dan kontroversi lain ..

Datuk Seri Najib menegaskan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sepanjang perkhidmatannya dalam kerajaan tidak pernah dikaitkan
dengan apa-apa amalan rasuah serta salah guna kuasa.

Kata Perdana Menteri, Abdul Razak merupakan seorang tokoh dan negarawan yang amat berprinsip, tinggi nilai integriti serta penuh dengan sifat kesederhanaan.

Malah ujar beliau, arwah bapanya itu sentiasa istiqamah untuk meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi segala-galanya dalam membuat keputusan sepanjang
menerajui kepemimpinan negara.

“Sepanjang perkhidmatan dalam kerajaan, Tun Abdul Razak tidak pernah terlibat dengan apa-apa amalan rasuah dan salah guna kuasa. Beliau sentiasa meletakkan
kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi hingga jasanya kepada negara menjadi memori umum bagi rakyat.

“Sejak mula terlibat dalam perjuangan politik sehinggalah memegang tampuk pemerintahan negara, Tun Abdul Razak diketahui mengamalkan gaya hidup sederhana
dan berjimat cermat,” katanya dalam satu kenyataan Ahad.

Najib berkata demikian sebagai menyokong kenyataan empat adik beliau minggu lalu yang turut menzahirkan perkara sama berikutan laporan mengelirukan oleh
media asing The New York Times mengenai arwah bapa mereka.

Dalam kenyataan sebelum ini, empat adik Najib iaitu Johari, Nizam, Nazim dan Nazir berkata, bapa mereka adalah seorang yang amat berprinsip dan semua yang
mengenali beliau tahu Abdul Razak suka berjimat cermat dan penuh integriti.

Pada masa yang sama, mereka turut menyatakan bahawa seluruh ahli keluarga Abdul Razak bersatu dalam isu berkenaan.

Selain terkenal sebagai tokoh yang bertanggungjawab membangunkan semula Malaysia selepas tragedi hitam 13 Mei, malah Abdul Razak tidak pernah menggunakan
dana kerajaan untuk membiayai pengajian anak-anaknya di luar negara.

Sebaliknya, kos pengajian semua anak Perdana Menteri kedua itu ditanggung sepenuhnya oleh bapa mertua beliau, Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar, sebagai
mencerminkan lagi sifat kesederhanaan Abdul Razak.

Mohamed Noah yang juga datuk kepada Najib, merupakan seorang usahawan berjaya, tokoh korporat utama dan antara hartawan Melayu terkaya pada zaman itu.

Antara pembabitan beliau dalam sektor korporat ialah sebagai Pengarah MUI Group, United Malayan Banking Corporation, Matsushita dan Genting Highlands Bhd.

Allahyarham bersama rakan kongsi, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong menubuhkan pusat peranginan di Genting pada 1965, ketika zaman Tunku Abdul Rahman sebagai
Perdana Menteri sebelum menjual kepentingan beliau selepas Genting mula beralih kepada aktiviti perjudian. 

Ok.. ok kita faham, dia nak cakap dapat harta tu dari datuk dia la kan ..? ok .. betul, Tun Razak berjimat cermat dan sangat menjaga diri dari termakan duit rakyat. Walhal aku tak hidup lagi masa tu hehehee sapa tau kan ...?

Tapi tu bapak dia, punyalah bagus. Anak dia jadi PM .. hancur, jet mewah pusing dunia .. hoi hoi hoi ...

Sapa mau jawab ..?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Master Jaguh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.