Selasa, 3 Mac 2015

Ulasan ibu Sirul ketika bertemu anaknya

Ibu kepada Sirul Azhar Umar hari ini merayu kepada pihak berkuasa Australia melindungi anaknya, beberapa jam selepas tiba di Sydney bersama ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan ketua biro antarabangsa parti itu, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Media Australia melaporkan Piah Samad sebagai berkata kerajaan negara itu perlu memberi "perlindungan penuh" kepada anaknya, yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Adalah lebih (selamat) di Australia daripada pulang ke Malaysia," kata Piah, 72, yang turut ditemani anak perempuannya, Noriatin Umar.

Sirul, yang kini ditahan pihak imigresen Australia di Sydney, sebelum ini memberitahu sebuah portal berita bahawa beliau cuma menjalankan arahan "orang atasan" dalam pembunuhan Altantuya pada 2006. Sirul dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Mahkamah Persekutuan pada Januari.

Sebelum berlepas ke Australia semalam, Mahfuz berkata rombongannya merupakan misi kemanusiaan.

"Ibunya teringin sangat nak bertemu dengan Sirul dan kami mengharapkan pemergian kami ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang boleh memberikan ancaman pada mana-mana pihak.

"Tetapi, apa yang dirancang ini ialah sebagai satu misi kemanusiaan, untuk seorang ibu yang melindungi anaknya," kata Mahfuz.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: