Sabtu, 28 Mac 2015

Guru terlampau: Enam pelajar diarah belajar dalam keadaan separuh bogel di Ampang

ish ish ... ni apa cerita pulak ni, Seorang guru di sebuah sekolah di Ampang telah bertindak 'pelik' apabila mengarahkan enam pelajarnya belajar dalam keadaan separuh bogel. Lebih malang empat tidak memakai seluar dalam .. alahai ...

AMPANG - Enam pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Ampang berdepan kejadian memalukan apabila diarah membuka seluar dan dipaksa mengikuti sesi pembelajaran hampir lima jam dalam keadaan separa bogel oleh guru sekolah itu, Rabu lalu.

Lebih menyedihkan lagi, dua daripada empat pelajar berkenaantidak memakai seluar dalam, namun kerana patuh pada arahan, mereka membiarkan diri dimalukan tanpa rela bermula sekitar jam 10 pagi hingga 3.30 petang.

Sinar Harian dimaklumkan, kesemua pelajar tingkatan satu itu dikenakan tindakan itu kerana tidak memakai seluar sukan yang dijual sekolah pada hari kokurikulum itu.

Malah guru berkenaan didakwa mendesak seorang pelajar dalam kelas sama mengutip kesemua seluar pelajar itu dan diletakkan di pejabatnya di tingkat bawah bangunan sekolah.

Bagaimanapun, atas inisiatif rakan sekelas yang simpati, mereka mengumpul wang dan membelikan seluar sukan dari pihak sekolah untuk diberikan kepada rakan mereka yang didenda. Salah seorang bapa kepada pelajar berkenaan berkata, dia menyedari kejadian itu pada hari sama, selepas anaknya menghubunginya dan meminta membawa seluar untuk dipakai.

“Saya pelik dan terus bergegas ke sekolah sebanyak dua kali dan bertemu salah seorang guru yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada saya.

“Saya kesal dengan kejadian itu yang betul-betul mengaibkan anak saya dan lima pelajar lain.

“Tindakan yang dibuat guru itu bukan untuk mendidik, tetapi menjatuhkan maruah kesemua pelajar itu termasuk anak saya,” katanya.

Menurutnya, tidak ada dalam sistem pendidikan negara yang membenarkan golongan pendidik bertindak sedemikian ke atas pelajar.

“Kesalahan mereka kecil dan tidak setimpal dengan hukuman.

“Jika begini cara pendidik mengajar, saya yakin masa depan pendidikan negara hancur,” katanya.

Pihaknya berharap agar Kementerian Pelajaran mengambil tindakan tegas terhadap guru terbabit atas tindakan yang jelas melanggar etika kesusilaan sebagai seorang pendidik.

“Akibat kejadian itu, anak saya trauma dan takut ke sekolah.



“Dia beritahu malu dan segan untuk berdepan rakan sekelas.

Saya risau keadaan itu boleh mengganggu prestasi pembelajarananak saya pada masa depan,” katanya.

Beliau membuat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak pada hari sama serta ke Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Jalan Duta untuk tindakan lanjut.

“Saya harap pelaku tak dilindungi dan dikena tindakan.

“Saya juga dimaklumkan, guru itu pernah membuat tindakanyang hampir sama ketika dia mengajar di sebuah sekolah menengah lain, tahun lalu.

“Kejadian mengaibkan itu bukan kali pertama dilakukannya.

Jadi kementerian harus pandang berat isu ini agar kejadian yang menimpa anak saya dan pelajar lain tidak berulang,” katanya. Katanya, pihaknya akan bawa kes itu ke kementerian dan berjumpa pengetua Isnin depan, yang mana ketika kejadian, beliau dilaporkan bercuti.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu tu paling ringan hukuman akan diarah bertugas di PPD, Paling lekeh cuma dihantar ke pendalaman... nothing happenlah tambah2 ada cop keris berkarat.

ke6-6 tu saman je cikgu dengan sekolah biar mampus cikgu dengan sekolah nak bayar saman malu.

cucu mamak kutty berkata...

bukan ape nya tu,cikgu tu cuma nak banding2kan antara kotek dia dgn kotek budak2 tu...sape punya agak sape punya yg lebih besar dan panjang

Tanpa Nama berkata...

Istilah 'kerja mulia' pd guru amat tidak layak kpd guru berhati binatang ini. Setuju dgn pendapat pengkomen di atas, ibu/bapa/penjaga murid-murid yg berkenaan mestilah mengemukan saman terhadap guru itu khususnya dan pihak sekolah dan kementerian pendidikan amnya dan JANGAN beri muka langsung kpd pihak yg disaman itu.