Selasa, 10 Mac 2015

Dalang sebenar sehingga Anwar ke penjara

oleh: penburukonline

PERKARA ini dah lama aku fikir, cuma bila aku nak release dalam posting blog akuaku sedikit teragak-agak. Ini ada kaitan dengan Anwar dan musuh politik dia. Jadi aku warning awal-awal, ini bukan fakta tapi hanya andaian sahaja. Tapi siapa tahu dari andaian ia menjadi kenyataan??

Ini cerita kes Anwar liwat Saiful Bukhari. Memang sekarang Anwar sudah ke penjara. Atas ramai pemerhati beranggapan ini salah satu cara untuk memusnahkan terus kerjaya politik Anwar. Malah Anwar sendiri berkata ini adalah konspirasi politik, termasuk mendakwa mereka "tunduk pada tuan politik" mereka

  • Dalang sebenar sehingga Anwar ke penjara

Baik, ada seorang yang pernah kita ketahui telah memenjarakan Anwar pada tahun 1998. Tokoh ini musuh Anwar. Malah sengketa antara mereka telah menyebabkan Anwar mula mencium bau penjara ketika dia dipuncak kuasa.

Aku teringat ketika dekat sungguh tarikh perbicaraan kali terakhir Anwar Ibrahim, sungguh galak tokoh ini menyerang Najib Razak. Bahkan boleh dikatakan lagi dekat tarikh bicara lagi rancak dia menyerang Najib. Maka seluruh media dan media sosial melihat bagaimana tokoh itu menyerang Najib. Rakyat melihat tokoh itu seolah-olah bermusuhan dengan Najib. Atau sekurang-kurangnya 'mencipta' isu baru.

Isu dapat dialihkan

Mata dapat dipesongkan.

Tapi kini setelah Anwar Ibrahim dipenjarakan buat kali kedua, dan segala-galanya nampak selesai, aku lihat serangan terhadap Najib sudah kendur dan mungkin sudha tidak wujud lagi dari mulut tokoh itu. Mana tahu, satu hari nanti dari kritikan malah tokoh itu mengalih sikap dengan memuji pula Najib Razak. Jangan terkejut pula.

Kenapa dan mengapa?

Aku hanya berteeori, jangan-jangan serangan itu hanya strategi untuk mengalih isu. Siapa tahu cerita disebalik tabir bagaimana Anwar boleh dipenjarakan? Tidak mustahil dialah dalang sebenar?

Seseorang yang lama dalam politik, sepak terajang dan mood rakyat dapat dibaca. Seseorang yang sangat cerdik. Sejaarah politik beliau telah membuktikan.

wallahulam.


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI